ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Pemprosesan permohonan 3,123,950 pemohon Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) dijangka selesai pada 28 Februari ini, kata Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kepada yang masih belum menerima BR1M atau status mereka masih dalam
proses, iaitu seramai 3,123,950, pemprosesan permohonan BR1M anda
dijangka selesai pada 28 Februari ini.
"Bagi yang dah menerima BR1M, saya harap dapat dibelanjakan dengan
berhemah, Insya-Allah," katanya menerusi catatan terbaru di laman
Facebook dan Twitter, malam tadi.
Pembayaran BR1M bagi 2017 secara baucar dibuat pada 18 Februari
manakala pembayaran secara terus ke akaun bank dibuat mulai 22 Februari
lepas.
BR1M, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 adalah antara mekanisme
utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi
menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan
mengalami banyak ketirisan.
Bagi BR1M tahun ini, bantuan itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan