shahbudindotcom
Dalam
barisan kepimpinan Pas sekarang, Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat paling
konsisten dan masih boleh diharap sebagai seorang pejuang yang memahami
derita rakyat.
Bukan
saja dalam hal 1MDB, SRC International, Felda dan segala isu lain yang
muncul, suaranya yang memihak kepada kehendak rakyat jarang benar tidak
kedengaran.
Berbanding
pemimpin-pemimpin Pas lain, mereka bukan saja jarang bersuara atau
hanya bercakap dalam isu-isu terpilih, kadangkala hadir ke Parlimen pun
tidak lagi menjadi keutamaan.
Ketika
rakyat terus terbeban dengan kos sara hidup di samping inflasi yang
kian meningkat, Tuan Ibrahim sekali lagi meminta agar kerajaan
membatalkan "cukai pukat harimau" GST atau setidak-tidak menurunkan
kadarnya kerana ia jelas mendatangkan derita berganda kepada rakyat.
Mana suara pemimpin Pas yang lain?
Apa pula kata Hadi Awang mengenai GST?
Tidak
lama sebelum ini, Presiden Pas itu, meskipun sedar ahli, pengikut dan
penyokong parti itu kebanyakannya terdiri daripada orang-orang kampung
dan golongan susah, masih lagi tergamak mengatakan GST adalah penggerak
serta paling berkesan meningkatkan ekonomi negara.
Hadi membela rakyat atau mempertahankan Najib?
Apa pula kata Najib Razak tentang GST?
Kata Najib, GST adalah penyelamat kepada ekonomi dan kewangan negara.
Ehh...ehh...sama pulak fikiran Hadi dengan Najib yerr?
Nampaknya, menyokong Hadi sudah sama dan tidak ubah seperti menyokong Najib saja layaknya.
Dalam
hal ini, alangkah beruntungnya Pas jika dalam Muktamarnya di Kedah 28
April ini, mereka dapat menjadikan Tuan Ibrahim sebagai Presiden Pas
yang baru menggantikan Hadi.
Harus
diakui, berdasarkan beberapa petunjuk dalam setahun dua ini, Hadi sudah
tidak relevan lagi, bukan saja untuk terus memimpin Pas, tetapi juga
dengan perjuangan semasa mewakili kepentingan rakyat.
Hadi
seolah-olah ada kecenderungan lain dalam hala tujunya dan kekalnya
beliau lagi sebagai Presiden hanya menjadikan Pas semakin terpinggir
serta tersisih daripada arus perdana politik negara.
Dalam
keadaan ini, tidak syak lagi Tuan Ibrahim adalah satu-satunya yang
dapat memulih dan mengangkat semula martabat perjuangan Pas kepada
kedudukan yang sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan