HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 Februari 2017

Idris: Kelewatan bayaran wang PTPTN hanya masalah komunikasi

MALAYSIAKINI


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak menghadapi masalah kewangan dan kelewatan pelajar universiti awam menerima pembayaran pinjaman mereka adalah berpunca daripada masalah komunikasi.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata masalah itu telah diatasi dengan banyak universiti terbabit sudah menghantar pengesahan status pengajian pelajar kepada PTPTN untuk proses pembayaran.

"Saya sudah bincang dengan Ketua Eksekutif PTPTN (Wan Ahmad Wan Yusoff) dan beliau menyatakan tidak ada masalah, banyak universiti sudah menghantar senarai (pengesahan status pengajian pelajar)...ini bukan isu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 'Jom Masuk IPT' 2017 di Kota Bharu hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan peminjam PTPTN di 11 universiti awam berdepan kelewatan menerima pembayaran berikutan agensi itu belum menerima pengesahan status pengajian pelajar daripada universiti terbabit.

Idris juga berkata pada tahun lepas, PTPTN berjaya mengutip hutang bayaran balik pinjaman sebanyak RM3.4 bilion iaitu melepasi sasaran yang ditetapkan RM2 bilion.- Bernama


Tiada ulasan: