shahbudindotcom
Wahhh....belum
pun menerima surat notis atau tuntutan saman daripada Pas, tetapi Husam
Musa dengan pantas telah tampil menyatakan pendirian tidak akan
berganjak daripada dakwaan yang dibuatnya terhadap parti Islam itu
berhubung wang RM90 juta yang didakwanya disalurkan melalui Affin Bank.
Kata
Adun Salor dan Penasihat Amanah Kelantan itu, beliau akan
mempertahankan apa yang diucapkannya semasa berceramah di Selising,
Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.
Tindakan
mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu yang
berbangkit, kata Husam dalam kenyataan melalui Facebooknya.
Tidak
seperti Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang berdalih-dalih dengan
kenyataannya sendiri apabila diancam saman oleh Mukhriz Mahathir sebelum
ini, Husam sebaliknya lebih menampakkan keberanian dan sikap
tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Apakah segala bukti-bukti sudah ada dalam tangan Husam?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan