Saifuddin
dilantik sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan
Negeri Datuk Seri Farizan Darus pada 4 Januari 2017.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), berkata melalui lantikan itu, PKR yang memerintah Selangor gagal menggunakan pemimpinnya untuk kepentingan parti.
Beliau yang juga bekas aktivis PKR berkata, perkembangan itu akan membolehkan ‘musuh’ dalam dan luar PKR menggunakan isu Setiausaha Agung PKR kini bekerja dan digaji Setiausaha Agung DAP.
“DAP berjaya mendapatkan Saifuddin kerana kesilapan dan keangkuhan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor menyusun kroni korupnya di Selangor.
Saifuddin dilantik secara rasminya ke jawatan itu, kelmarin. Majlis angkat sumpah diadakan di depan Guan Eng; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan Exco Pulau Pinang.
Pelantikan beliau mendapat kelulusan Biro Politik PKR Pusat atas alasan bagi mengukuhkan Pakatan Harapan Pulau Pinang. Badrul Hisham bagaimanapun melahirkan kebimbangan adakah Saifuddin akan diterima oleh PKR Pulau Pinang yang majoritiya menyokong Mohamed Azmin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan