MSO
Tweet oleh MB Selangor Mohamaed Azmin Ali menerusi twitter hari
ini sudah tentu menjadikan ada orang tidak senang. Minali telah
melepaskan "siulan" mayanya mengatakan seorang menteri kanan telah letak
jawatan. Beliau tidak sebut nama menteri berkenaan, tetapi dari
siulan-siulan yang dibawa angin ia mengatakan Johari Abdul Ghani,
Menteri Kewangan II?
Walaupun tweet Azmin itu dilihat sebagai main-main tetapi ia berjaya
menarik perhatian Najib Razak. Beberapa jam selepas tweet Azmin itu
Najib menyiulkan tweet menafikannya. Menurutnya dia tidak menerima
apa-apa maklumat mengenai hal itu - ada seorang menteri kanan letak
jawatan?
Dalam politik penuh dengan tafsiran dan persepsi. Kalau tweet Minali itu
kosong untuk apa Najib menafikannya. Beliau patut biarkan ia berlalu di
angin lalu sahaja. Penafian Najib itu memberi ruang kepada orang
mentafsirkan perkara itu sebagai ia ada kebenarannya, berdasarkan
bidalan berbunyi; "pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin,"
menyebabkan siulan Minali itu dikaji dan dicari.
Mungkina di kalangan menteri saling berhubung dan bertanya sesama sendiri hingga ke dini esok.
Yang pastinya malam ini Najib tidak nyenyak tidur dan Johari yang
disebut itu juga menghadapi masalah sama. Sama ada benar atau tidak,
tentu Johari atau menteri berkenaan kini dipantau. Rumahnya pasti
dikawal pasukan keselamatan bukan dalam jumlah biasa lagi. Mungkin
ditambah. Begitu juga peralatan komunikasinya dikesan serapi mungkin.
Dan esok dan esoknya pergerakan Johari akan dipantau dan diawasi. Segala
maklumat dan percakapan orang ramai mengenai juga akan diintip oleh
para inteligen Najib. Yang pastinya esok sebelum mentari terbenam Johari
akan membuat kenyataan selepas diasak oleh media. Apakah kenyataan
beliau esok ia akan menamatkan spekulasi menarik ini?
Dan mengikut logiknya pula Azmin tidak akan saja-saja membuat siulan itu
kalau beliau tidak ada maklumat mengenainya. Kalau Azmin bergurau,
gurau itu adalah gurau biawak. Saya yakin Minali ada asas dan sebab
tersendiri untuk melepaskan siulan yang sangat menganggu dan
menggemparkan itu.
Dalam pada itu ada logiknya kalau Johari menteri kanan yang dikatakan
bercadang atau berfikir untuk meletak jawatan. Beliau jadi menteri
sebagai mengganti Husni Handzalah yang letak jawatan kerana tidak
sanggup terbeban dengan isu 1MDB. Apakah Johari juga menghadapi tekanan
yang sama? Skandal 1MDB turut menganggui emosinya sehingga ia yang
dimaksukan dalam siulan tweet Minali itu?
Kita tunggu cerita selanjut sehingga hari esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan