Oleh Ahmad Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Peletakkan jawatan Zuraida Kamaruddin selaku Ketua Wanita
PKR tidak mengejutkan, susulan kontroversi yang sedang berlaku dalam
parti itu melibatkan kes penyelewengan yang didakwa membabitkan orang
kanan beliau.
Ketua
Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau
melihat Zuraida yang sudah menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal
banyak terjerumus dengan isu-isu yang tidak sihat selain dipertikaikan
oleh ahli-ahli sendiri.
"Melihatkan diri Zuraida ini sebagai wakil rakyat Ahli Parlimen Ampang
yang sudah dua penggal, terjerumus banyak didalam perkara-perkara yang
tidak sihat, dan dipertikaikan oleh ahli-ahli mereka sendiri.
"Kita lihat Adam ini jelas sebagai pembantu beliau walapun beliau
menafikan yang Adam ini bukan daripada pegawai khas beliau, tetapi gerak
kerja, program dan kemana sahaja Zuraida pergi ada sahaja Adam.
"Ini menunjukkan yang Adam ini adalah 'budak' Zuraida, kalau melihat
daripada kekayaan Adam sebagai budak, sudah pasti kalau budak ada
seringgit, bosnya ada seratus ringgit," katanya ketika dihubungi oleh
Antarapos.
Zuraida sebelum ini, menafikan bahawa pemimpin muda PKR Datuk Adam
Rosly Abdullah merupakan pegawai khas dan menjadi orang perantara yang
menerima komisen bagi projek-projek di Selangor yang melibatkan beliau
dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
Malah katanya, Adam hanya memegang jawatan sebagai Ketua AMK Ampang
selepas dipilih sewaktu pemilihan parti, dan pemimpin muda itu tiada
kaitan dengan jawatan politik lain.
Malah Jamal juga tidak menolak kemungkinan, ini merupakan satu taktik
daripada Ahli Parlimen Ampang itu meraih undi simpati dan mengelakkan
mendapat tekanan daripada akar umbi atas tuduhan-tuduhan rasuah yang
dikaitkan dengan beliau.
"Jadi, beliau ini terjebak dengan pelbagai masalah seperti rasuah,
salah guna kuasa dan sebagainya dan mendapat tekanan yang cukup kuat
daripada akar umbi, terutamanya wanita PKR sendiri,
"Jadi untuk mengelakkan diri daripada terjerumus daripada tuduhan
tersebut dan ingin menarik simpati kepada penyokong-penyokong beliau
untuk terus bertanding sebagai ahli Parlimen Ampang, jadi beliau
melepaskan jawatan sebagai ketua wanita PKR" ujar beliau.
Zuraida dalam Kongres Nasional tahunan Wanita PKR minggu lalu
menyatakan hasrat beliau untuk tidak bertanding didalam pemilihan PKR
yang akan datang.
Peletakkan jawatan Zuraida diumumkan ketika pembantunya, Adam Rosly
didakwa terlibat dalam kes salahguna kuasa oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan