Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani petisyen
supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara disifatkan
sebagai lakonan semata-mata.
Bekas pemimpin DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim percaya bekas Perdana
Menteri itu 'sanggup' melakukannya kerana percaya Anwar tidak akan bebas
dengan mudah.
"Walaupun beliau (Dr Mahathir) menandatangani petisyen bebas Anwar, tetapi beliau tahu ia tidak boleh terjadi.
"Maka pada pendapatnya, apa salahnya. Tandatangan sahajalah," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Tunku Aziz memberi reaksinya terhadap tindakan Dr Mahathir
menandatangani petisyen supaya Anwar dibebaskan dari penjara, selepas
menghadiri perasmian Kongres Nasional Tahunan PKR Kali ke-12, semalam.
Dr Mahathir sering dituduh sebagai individu yang bertanggungjawab atas pemenjaraan Anwar atas kesalahan liwat pada tahun 1999.
Calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) disepakati oleh PKR,
DAP dan Amanah untuk menaikkan Anwar, namun tidak bagi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM).
Dr Mahathir, selaku Pengerusi PPBM pernah berjata perkata berkenaan
perlu diputuskan hanya jika pembangkang memenangi pilihan raya bagi
mengelakkan perbalahan sesama komponen PH.
'Kurang minat' Mahathir terhadap Anwar sebagai perdana menteri juga
terserlah ketika perasmian kongres PKR semalam, apabila beliau dilihat
'sibuk' dengan telefon bimbitnya ketika pemimpin PKR, DAP dan Amanah
mengangkat plakad menyokong Anwar.
Tunku Aziz ketika mengulas juga berkata tindakan Dr Mahathir itu dilakukan atas kepentingan politiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan