Menurutnya, gegaran kuat pesawat dari Perth ke Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu itu adalah situasi genting yang tidak diingini.
"Namun begitu, situasi genting yang telah berlaku terhadap pesawat ini berjaya diatasi dengan penuh tenang dan profesional," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut yakin kejayaan juruterbang dan krew bertugas mengendalikan pesawat tersebut ketika itu menyumbang kepada imej baik kepada Malaysia yang sedang dibelenggu skandal penyelewengan.
"Saya juga percaya hero-hero kita, Kapten Ibrahim Jalaluddin dan kabin crew dari D7 237 telah mengharumkan nama negara di mata dunia disebalik kecamukan skandal kewangan antarabangsa negara yang didurjanakan oleh tangan mereka yang rakus kuasa dan wang.
Sehubungan itu, Hasanuddin menyeru rakyat berdoa supaya operasi penerbangan pesawat pada masa datang dalam keadaan selamat.
"Kita berdoa kepada Tuhan yang Esa agar penerbangan yang seterusnya dan akan datang selamat dari terbang dan mendarat.
"Berusaha memastikan penerbangan selamat adalah sangat penting tetapi juga perlu diiringi doa atau harapan kepada Tuhan yang Esa tanpa mengira masa dan situasi," katanya lagi.
Pesawat terbabit yang mengalami masalah sekitar 90 minit semasa dalam perjalanan terpaksa berpatah balik dan selamat mendarat di lapangan terbang Perth pada jam 10.00 pagi.
Seramai 359 penumpang terlibat kemudiannya dipindahkan ke penerbangan seterusnya yang selamat berlepas dari Perth pada hari yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan