MALAYSIAKINI
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan jurujual
wanita, terutamanya yang bertugas di kaunter pembayaran untuk memakai
sarung tangan.
“Kami berpendapat bahawa persentuhan kulit antara
penjual dan pembeli yang bukan mahram secara tidak sengaja adalah tidak
berdosa,” menurut pejabat itu.
“Walaupun begitu, kami mengesyorkan kepada para jurujual wanita terutamanya yang bertugas di kaunter pembayaran untuk memakai sarung tangan sebagai langkah berhati-hati (ihtiyath).”
“Walaupun begitu, kami mengesyorkan kepada para jurujual wanita terutamanya yang bertugas di kaunter pembayaran untuk memakai sarung tangan sebagai langkah berhati-hati (ihtiyath).”
Syor itu dikeluarkan ketika menjawab soalan sama ada
berdosa atau tidak seorang jurujual tersentuh tangan bukan mahram ketika
memulangkan baki kepada pelanggan.
Sementara itu, memetik hadis riwayat Al-Thabrani,
pejabat mufti itu juga menjelaskan berkaitan pengharaman bersentuhan
kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Sentuhan tidak sengaja pula dikategorikan sebagai al-khata’ (tersilap) dalam kitab-kitab usul fikah, yang tidak berdosa.
Baca penjelasan penuh dan terperinci:
Al-Kafi #638: Hukum jurujual tersentuh kulit pembeli bukan mahram
Al-Kafi #638: Hukum jurujual tersentuh kulit pembeli bukan mahram
Tiada ulasan:
Catat Ulasan