HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Jun 2017

Kerjasama bukan bermaksud 'masuk' Umno - Khalil Abdul Hadi


Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS tidak akan sertai Umno, meskipun dua parti berkenaan sedang bertaawun pada masa kini, tegas Ketua Pemudanya, Khalil Abdul Hadi.
 
'Serik' dengan apa yang pernah dilalui PAS bersama Umno pada suatu ketika dahulu, parti itu mendakwa keadaan itu tidak akan sesekali terjadi memandangkan perjuangan Umno terhad kepada kaum Melayu sahaja.
 
"Dalam konteks PAS dengan Umno, kerjasama itu bukan bermaksud PAS masuk Umno. Itu tidak berlaku sama sekali. PAS sebuah parti Islam, Umno tidak.
 
"Yang perlu tukar adalah Umno supaya menjadi parti Islam. PAS sudah menjadi parti Islam, PAS tidak boleh masuk bersama dengan Umno. 
 
"Tapi kerjasama, jika ia berkait dengan kepentingan Islam, kita boleh duduk sekali. Ia bermula dengan RUU 355 apabila satu jawatankuasa dibentuk oleh kerajaan pusat," katanya dalam satu wawancara bersama Antarapos, baru-baru ini.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyifatkan kerjasama partinya dan Umno sebagai satu politik matang, yang tidak berkelahi dan atas kepentingan bersama.
 
Khalil ketika mengulas lanjut berkata keterbukaan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terhadap pendekatan PAS sebenarnya memberi manfaat besar buat rakyat secara keseluruhannya.
 
"Pendekatan baru PAS ini, jika diterima semua pihak akan membawa negara kepada sebuah negara maju sebenar. Jika kita berpolitik sepanjang masa ia tak mengutungkan rakyat. 
 
"Contoh di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersikap politik tajam, sehingga PAS ketika itu terbuka untuk berbincang dengan kerajaan. Namun beliau tajam, keras, menekan kerajaan Kelantan. Bila PAS menang di Terengganu beliau merampas royalti yang jadi milik rakyat. Sedangkan ia bukan milik PAS, tapi milik rakyat," imbasnya.
 
 

Tiada ulasan: