BERNAMA
Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Felda Global Ventures
Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad, yang digantung tugas, telah
menyerah jawapan kepada surat tunjuk sebab kepada syarikat itu, hari
ini.
Bagaimanapun, surat berkenaan diserahkan bagi pihaknya oleh adiknya,
Maulud Arshad, kepada setiausaha syarikat FGV, Koo Shuang Yen pada jam
11.30 pagi ini.
Jawapan itu berkaitan dengan surat tunjuk sebab mengenai hutang lama
Safitex Trading LLC dengan Delima Oil Products Sdn Bhd, kata Zakaria
dalam kenyataan.
Zakaria diarahkan bercuti dari semua tugasnya pada 6 Jun lalu
sementara menunggu siasatanÂdalaman terhadapÂbeberapa urusanÂdengan
Delima Oil Products, anak syarikat FGV.
Tarikh asalÂuntuk menyerahkanÂjawapan kepada surat tunjuk sebab ialah
20 Jun tetapi dilanjutkan hingga 23 Jun dan seterusnya sebelum tengah
hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan