HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 Jun 2017

USD 26 Billion Setahun Untuk Biaya Murtad Di Malaysia




 

Putrajaya: Beberapa laman web gerakan evangelis antarabangsa, secara terang-terangan menceritakan satu per satu perancangan pihak mereka untuk menjalankan kerja-kerja dakyah ke atas umat Islam di dalam negara ini. Meskipun perkara tersebut merupakan perkara yang melanggar Perlembagaan dan undang-undang tempatan, kumpulan-kumpulan ini tidak gentar malah menganggap ianya sebagai satu cabaran yang perlu diatasi.


Dengan jumlah kolektif ahli ECFA yang menghasilkan pendapatan lebih daripada USD26 billion setahun, isu dana dan tenaga kerja bukanlah satu bentuk masalah yang harus mereka fikirkan.

Antara yang menyediakan platform untuk umat Islam murtad ialah pasukan jangka panjang Pioneers yang kini sedang membuat perkiraan untuk memberi bantuan kepada warga Kristian yang telah meninggalkan agama Islam supaya dapat mendirikan gereja-gereja. Empat pertubuhan bakal ditubuhkan dan akan dianggotai oleh warga Kristian setempat.

Menurut laman web tersebut, “Pasukan jangka panjang sedang cuba memikirkan cara-cara untuk melatih, memberi motivasi dan bantuan kepada sepasukan Kristian tempatan yang dahulunya Muslim, termasuk Putra (bukan nama sebenar) untuk mendirikan gereja. Mereka sedang berdoa untuk memulakan empat pertubuhan baru yang akan dianggotai oleh golongan yang beriman dalam masa beberapa bulan lagi.”

Putra adalah seorang Melayu yang telah meninggalkan Islam dan memeluk agama Kristian. Setelah beberapa tahun memeluk agama Kristian, Putra telah mendapat tempat di sebuah seminari untuk mendapatkan latihan untuk melaksanakan dakyah di rantau ini.

Sekarang, beliau adalah seorang rakan dan pembantu kepada usaha Pioneers di Asia Tenggara.
Sungguhpun ingin berkongsi ajaran Tuhan Jesus, namun Putra merasa takut untuk melakukannya.

Pioneers merupakan pertubuhan Kristian dan ahli kepada ECFA yang giat menjalankan usaha Kristianisasi di serata dunia. ECFA menyatakan bahawa secara kolektif, kesemua ahli pertubuhan itu menjana pendapatan sebanyak USD26 billion setahun (RM110.14 billion).

Usaha gigih Pioneers di rantau ini telah membuahkan hasil dan banyak keluarga yang pada asalnya menganut agama Islam telah berjaya dimurtadkan. Tanpa halangan daripada mana-mana pihak, Pioneers terus bebas melaburkan duit dan kepakaran untuk mengembangkan agama Kristian dan berdakyah kepada umat Islam.

Selain daripada itu, Open Doors menganjurkan doa untuk umat Islam yang dipaksa mempelajari agama Islam di sekolah-sekolah tadika di negara ini. Open Doors melihat usaha mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam pada tahap pra-sekolah sebagai satu bentuk propaganda Islamik anjuran kerajaan dan menggesa penganut agama Kristian di negara ini untuk berdoa menentang sebarang usaha Islamisasi – menara.my

Tiada ulasan: