HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Jun 2017

Lelaki berdepan hukuman mati mandatori, edar sejuta pil Erimin 5

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PULAU PINANG: Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar kira-kira sejuta pil jenis Erimin 5 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas di sini, 18 Jun lalu.
 
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Shafiee Chin, 49, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Alif Abdul Aziz.
 
Tertuduh yang juga seorang ejen penghantaran didakwa mengedar pil itu di Kompleks Kargo MAS LTAPP kira-kira pukul 4.30 petang pada hari kejadian.
 
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
 
 

Tiada ulasan: