Dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, mangsa, Mohamad Shahrul Nizam Ahmad, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dari arah Kota Bharu menghala ke Melor.
Mangsa yang menunggang motosikal turut diekori dua rakannya dengan motosikal berasingan.
Mangsa dan dua rakannya dipercayai gagal mengelak kereta Proton Persona yang membuat pusingan U di persimpangan jalan ke Aril dan menyebabkan mereka melanggar bahagian sisi depan kiri, pintu sebelah kiri dan belakang sisi kereta terbabit.
Akibat kemalangan itu, Mohamad Shahrul tercampak ke atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya mengalami kecederaan parah dan di hantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya mayat mangsa dibawa ke unit forensik HUSM untuk bedah siasat.
“Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk sisatan lanjut,”katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan