Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan
semakin sesak dengan pertambahan kenderaan malam ini berikutan ramai
yang pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.
Aliran trafik ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan sesak
dari Terowong Menora ke Sungai Perak dan dari Slim River ke Sungkai,
menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan
(PLUS) di Kuala Lumpur.
Beliau berkata aliran trafik juga sesak dari Tapah ke Gopeng, Jelapang ke Kuala Kangsar serta Kuala Kangsar ke Bukit Gantang.
Bagi arah selatan, aliran trafik dilaporkan lancar setakat 10 malam ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia
(LLM) berkata pertambahan kenderaan turut menyebabkan aliran trafik dari
RnR Genting Sempah ke Lentang serta dari Lentang ke Bentong perlahan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini
menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di
www.twittercom/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman
Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan