shahbudindotcom
Bekas Pengerusi FGV yang kini dipindahkan mengetuai SPAD, Isa Samad disoal-siasat selama kira-kira 4 jam di Pejabat SPRM Putrajaya, bermula 9.40 pagi tadi.
Kata Isa, beliau telah memberi kerjasama penuh dan menjawab semua soalan yang ditanyakan kepadanya.
Saya
tak dapat buat apa-apa andaian terhadap isu ini. Itu keputusan yang
akan dibuat oleh SPRM, kata beliau ketika ditanya mengenai soal-siasat
terhadapnya.
Mengenai
kehadiran isterinya dalam soal-siasat SPRM itu, Isa berkata, adalah
perkara biasa seseorang itu diperlukan hadir apabila namanya dikait atau
disebut dalam sesuatu dakwaan.
Normal isteri dipanggil kalau ada dakwaan atau kalau ada disebut nama. Maka, perlu dipanggil untuk disiasat, tambahnya lagi.
Menggunakan
hujah Isa iaitu isteri biasanya dipanggil untuk disiasat bila namanya
ada disebut atau dijadikan bahan dakwaan, sebenarnya sudah banyak kali
isteri-isteri pemimpin lain dikaitkan dengan pelbagai isu sebelum ini.
Isteri
Perdana Menteri, Rosmah Mansor barangkali mengungguli senarai dengan
paling kerap dikaitkan dengan pelbagai dakwaan dan terbaru oleh laporan
DOJ yang mendakwa beliau menerima hadiah barang kemas daripada Jho Low
berjumlah keseluruhan sebanyak RM128 juta.
Terkini,
isteri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz juga terkait sama
dengan penyebaran kad namanya yang menggunakan logo rasmi kerajaan.
Sehingga ini, Nazri mengatakan ia sebagai palsu dan ada orang mahu mengenakannya.
Soalnya, tidakkah isteri Najib dan isteri Nazri juga perlu disiasat sama?
Kenapa hanya isteri Isa saja yang disiasat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan