HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Jun 2017

DoJ : Kalau Bukan Dalang, Kenapa 2 Pengikut Tegar Tun Mahathir Hantar Laporan Kepada Amerika Syarikat






Tok Adi The Justice – Bagaimana orang yang bankrup boleh ke luar negara? Siapa yang tolong selesaikan hutang?

Matthias and Khairuddin pernah terbang ke Amerika Syarikat untuk berjumpa pegawai FBI. Mereka berdua dibantu secara sulit oleh Timbalan Pengarah FBI iaitu Andrew McCabe.


Pada bulan September 2015, keluarlah cerita palsu di New York Times bahawa FBI hendak tangkap Najib. Padahal bila Najib ke New York pada 23 September 2015 untuk hadiri Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu, tidak pula FBI menahan Najib. Obama melayan Najib sebagai tetamu kehormat di sana.

Bermakna cerita New York Times itu karut. Siapa yang bayar untuk buat cerita itu? Apakah dana RM50 juta itu dibayar menerusi seseorang yang dihantar Mahathir dan Daim? Atas urusan apa Khairuddin jumpa McCabe, Timbalan Pengarah FBI?

McCabe juga adalah orang yang sama menghadiri sidang akhbar Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch’s pasa 20 Julai 2016.

Sidang akhbar di mana Lynch mengumumkan saman sivil lebih USD$1 billion aset yang kononnya dicuri dari 1MDB.

Khairuddin dan Matthias sebelum itu ke Hong Kong, United Kingdom, and Perancis untuk membuat laporan polis mengenai 1MDB pada bulan Julai dan Ogos 2015. Semasa serangan awal Mahathir terhadap Najib dimulakan.

Khairuddin turut berjumpa Peguam Negara Switzerland di Bern, Switzerland untuk menceritakan tentang 1MDB.

Gambar Khairuddin dan Matthias di luar negara. Mereka berdua mahu terbang lagi pada jam 10.30 pagi, 18 September 2015 ke New York dan London tetapi telah ditahan oleh polis Malaysia di bawah SOSMA.

Apakah pemergian Khairuddin dan Matthias ke luar negara ini juga adalah sebahagian RM50 juta yang didedahkan Syed Saddiq kepada tiga orang Exco PPBM itu?

Jika USD $5 juta dibayar pada Clinton Foundation, bermakna ada lagi baki RM30 juta dari RM50 juta yang didedahkan oleh Syed Saddiq. RM30 juta ini bayar Matthias dan Khairuddin untuk buat kerja kerja mensabotaj ekonomi negara?

Ya, mungkin. Kerana itulah Daim dan Mahathir yakin sangat bercakap bahawa Malaysia akan bankrup. Rupaya orang yang pernah bankrup ini buat kerja hendak bagi negara bankrup.

Tiada ulasan: