HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Jun 2017

Kempen Perak Bersih, 1 masjid angkat setiap jabatan




Kempen Perak Bersih, 1 masjid angkat setiap jabatan
Abdul Khair (tiga kanan) menyempurnakan penyampaian elaun khas bilal dan siak masjid Parlimen Parit Buntar kepada salah seorang penerima sambil diiringi Khairul Nizam (kanan). 
 
PARIT BUNTAR - Demi menyokong perlaksanaan Kempen Perak Bersih, Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar mengambil inisiatif menggalakkan setiap agensi kerajaan mengambil satu atau dua masjid di Parlimen Parit Buntar sebagai masjid angkat.

Pegawai Tadbir Agama, Khairul Nizam Mat Nor berkata, insiatif pengambilan masjid angkat membolehkan agensi-agensi kerajaan terlibat bukan sahaja bertanggungjawab terhadap aspek kebersihan dan keceriaan masjid terpilih, malah mungkin mampu mencetuskan usaha mengimarahkan masjid tersebut sepanjang masa.

Menurutnya, cadangan idea ini sudah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tindakan Daerah Kerian dan inisiatif itu mungkin membolehkan agensi kerajaan terlibat bukan sahaja fokus aspek kebersihan, malah aspek lain dirasakan bersesuaian dalam membantu pembangunan masjid angkat masing-masing.

"Secara sedar tidak sedar, ada beberapa agensi kerajaan sudah memulakan inisiatif tersebut seperti Majlis Daerah Kerian(MDK) yang sentiasa bekerjasama dengan Masjid Ar-Ridzuan, Pusat Bandar Parit Buntar dalam pelbagai aspek sejak beberapa tahun lalu.

"Jadi, inisiatif Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar lebih ke arah mengembangkan inisiatif itu dengan melibatkan sebanyak mungkin agensi kerajaan di Parlimen Parit Buntar demi kebaikan masjid-masjid terlibat,"katanya kepada media pada majlis penyerahan elaun khas bilal dan siak Parlimen Parit Buntar di sini hari ini.

Majlis penyerahan elaun khas sumbangan kerajaan Pusat kepada 174 penerima itu disempurnakan Yang Dipertua(YDP) Majlis Daerah Kerian, Abdul Khair Ahamad.

Tiada ulasan: