SHAH ALAM: Seramai 23 sekeluarga, termasuk enam kanak-kanak, tinggal
sehelai sepinggang selepas rumah separa batu milik mereka berdekatan
Bulatan Sungai Jati, Kampung Jawa, Klang dekat sini, musnah dalam
kebakaran hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Andalas, Penolong Kanan Penguasa
Bomba A. Romzi Abu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai
kejadian itu pada pukul 12.42 tengah hari tadi dan berjaya mengawal
kebakaran pada 1.33 tengah hari tadi.
"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada aktiviti dalam rumah itu sendiri," katanya.
Romzi menambah, ketika kejadian, majoriti mangsa keluar bekerja dan
hanya terdapat tiga atau empat orang sahaja berada di dalam rumah itu
yang kemudian berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.
Selain itu, katanya siasatan awal turut mendapati rumah bertaraf kelas B
itu dipercayai dibina atas tanah persendirian tanpa ciri-ciri
keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan