HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Jun 2017

Hari Raya terakhir buat BN?


Mohamad Sabu
Mohamad Sabu. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 
 
 
SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, membayangkan PRU14, yang bakal berkunjung tiba dalam masa terdekat menjadi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk menolak Umno/BN kali ini.

Katanya, pertembungan kali ini jelas adalah untuk rakyat Malaysia menolak kerajaan yang dipimpin oleh orang yang kononnya 'menerima derma' dari syeikh Arab.

"Penguasaan Umno/BN yang terlalu lama dalam pentadbiran Malaysia telah menyebabkan mereka terus bersuka-ria (kleptokrasi). Pelbagai penyelewengan dan manipulasi institusi penting rakyat berlaku sehingga 'jerung' terus selamat," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya lagi, "kita mahu Melayu selaku kaum terbesar di Malaysia pada hari ini punyai jati diri yang kuat dengan mengangkat nilai integriti dan seterusnya menolak rasuah serta perasuah yang memimpin negara ini".

"Hidup Islam! Kita mahu Islam terus dipertahankan supaya aqidah tidak terpisah dengan akhlak dan tadbir urus.

"Juga amat mustahak sekaligus Islam terserlah sebagai Rahmatan Lil A'lamin, yang mana Islam memberi kasih sayang dan keamanan kepada semua makhluk ciptaan-NYA," katanya lagi.

Tiada ulasan: