Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan mampu
menganggu-gugat bekas parti induknya, Umno Barisan Nasional (BN), kata
Penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali.
Ujarnya, PPBM tiada hala tuju yang jelas dan hanya bergerak
bersandarkan dendam semata-mata, justeru ia tiada alasan kukuh untuk
kekal relevan untuk jangka masa panjang.
"Dalam PPBM, ramai orang-orang yang kecewa, mereka bukan masuk PPBM
sebab satu wawasan, bukan sebab ada visi tetapi mereka masuk sebab
kecewa, jadi cuba bayangkan kalau dalam satu rumah penuh dengan mereka
yang kecewa, mereka kecewa atas sebab yang berlainan.
"Yang akan porak-peranda nanti ialah PPBM sendiri sebab kita lihat
mereka yang menganggotai Umno ialah mereka yang jelas dengan agenda,
wawasan dan visi Umno," katanya ketika ditemubual Antarapos.
PPBM ramalnya sukar untuk bertahan lama dan buktinya semakin ramai
ahlinya keluar parti meskipun baru sembilan bulan ditubuhkan.
"Ada juga orang dalam PPBM yang dah keluar dari PPBM sebab tak dapat
tempat, jadi ini (PPBM) baru setahun jagung diwujudkan, nak ke kita
bergantung pada alternatif begitu," ujarnya lagi.
PPBM mula menerima tamparan apabila seorang daripada pengasasnya,
Kamarulazman Habibur Rahman mengistiharkan keluar parti selepas kecewa
dengan amalan kronisme dan pilih kasih di dalam parti teraju Tun Dr
Mahathir Moahamd itu.
Disusuli peletakan jawatan Exco Srikandi PPBM, Zulaiha Sidek. Kemudian
Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani pula
mengundurkan diri.
Lebih memburukkan keadaan, seramai 1000 ahli termasuk pemimpin PPBM di Perak mengumumkan keluar parti pada bulan lalu.
Terkini, seorang Exco Armada, Muhammad Hafiz Azhar turut meluahkan
rasa kesal kerana menyertai parti berkenaan yang disifatkan sebagai
menyekat kebebasan anak muda untuk bersuara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan