HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Jun 2017

Nurul Izzah: Miranda Kerr bermaruah daripada perompak negara

KEADILAN DAILY

Nurul-Izzah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah memuji bekas model Victoria Secret, Miranda Kerr yang memulangkan barangan kemas bernilai USD8.1 juta kepada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) selepas barangan tersebut didedahkan dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Barangan kemas itu sebelum ini dilapokan dihadiahkan kepada Kerr oleh watak utama di sebalik skandal 1MDB, Jho Low sewaktu beliau cuba memikat model kelahiran Australia itu.

“Model ini lebih bermaruah berbanding pemerintah negara yang teribat skandal merosakkan imej negara

“Kita berdoa agar perompak lainnya, yakni warga Malaysia, juga diberi kesedaran untuk memulangkan ‘permata’ yang dirampas hasil kepunyaan rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi akaun Facebook.

Akhbar The Wall Street Journal memetik jurucakap Kerr yang memaklumkan bahawa model tersebut memulangkan hadiah itu Jumaat lalu kepada ejen kerajaan dari peti deposit keselamatannya di Los Angeles.

“Sejak permulaan siasatan, Miranda Kerr bekerjasama sepenuhnya dan berjanji akan menyerahkan hadiah barangan kemas itu kepada kerajaan.

“Kerr akan terus membantu siasatan dengan semampunya,” katanya.

DOJ dalam saman terbarunya, pada 16 Jun lalu mendakwa Low dan rakannya Eric Tan membelanjakan USD200 juta untuk membeli kemas.

Low dilapor membelanjakan sekurang-kurangnya USD9.9 juta untuk barang kemas buat Miranda Kerr serta untuk ibunya sendiri.

Low juga didakwa membelanjakan USD28.6 juta untuk barangan kemas isteri ‘Malaysian Official 1′.

Menurut DOJ, pembelian pertama yang direkodkan oleh ahli perniagaan itu yang didakwa menggunakan wang yang diselewengkan dari 1MDB bermula sejak 2012 apabila beliau membeli cincin berlian dan padanan anting-anting berlian untuk ibunya.

Tiada ulasan: