Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: "Kalau keluarga saya mahu ambil bawa pulang ke kampung dan
sudi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama saya Syawal ini, maka saya
pulanglah".
Begitulah kata-kata seorang penghidap Human Immunodeficiency Virus
(HIV), Gee (bukan nama sebenar), 40, ketika ditemui wartawan Antarapos.
Beliau yang baru sahaja menerima berita menghidap penyakit yang
digeruni ramai itu sewaktu pemeriksaan saringan perkahwinan awal tahun
ini menzahirkan hasratnya untuk beraya bersama keluarga tercinta namun
berserah sekiranya mereka sudi.
"Saya tidak tahu lah raya tahun ini. Kalau adik saya ingat saya dia nak
ambil balik beraya, baliklah. Kalau dia tidak ambil saya tidak kisah
sebab saya sudah tiada mak ayah. Saya seorang. Saya pasrah lama dah,
sejak dapat penyakit ini lagi saya kuat.
"Kalau mereka nak ambil. Kalau mereka sayang saya, mereka ambillah kan.
Kalau mereka tidak ambil, saya boleh beraya dengan Puan Matron
(Pengasas Rumah Solehah). Tidak mengapalah, saya tidak mahu menyusahkan
orang," luahnya dalam nada sebak.
Status kesihatan diri diakui sedikit sebanyak memberi impak keatas
dirinya untuk bergaul dengan orang sekeliling termasuk keluarga
sendiri.
"Macam adik-adik saya tidak bagi saya rapat dengan anak mereka. Itu
yang saya rasa sedih yang teramat walaupun anak saudara. Tidak boleh
rapat, tidak boleh rapat dengan mereka. Tahu kan perasaan macam mana
saya? Saya sendiri tak ada anak, sedih tetapi biarlah.
"Saya redha pandangan orang terhadap saya. Kadang-kadang mereka tengok
saya sinis begitu saya dapat rasa. Saya buat tidak peduli, dapat rasa
tapi saya buat tidak endah. Bukan mereka yang beri kita makan. Kita
pedulikan apa orang lain kata janji kita sihat. Allah itu Maha
Mengetahui kita minta saja padaNya," tambahnya.
Tahun pertama raya di Rumah Solehah
Anak kelahiran Pulau Pinang itu kelazimmannya beraya bersama
rakan-rakan dan keluarga di kampung halaman tetapi tahun ini mungkin
tahun pertama beraya tanpa orang tersayang di rumah perlindungan wanita
dan kanak-kanak yang terjejas akibat HIV, Rumah Solehah.
"Tahun ini saya tidak tahu lah. Tak pandai nak beramal.
"Benda berlaku secara cepat dan mendadak. Saya tidak minta semua ini. Tak semua orang boleh terima.
"Tiada panggilan telefon lagi. Saya tidak pasti. Tiada panggilan telefon lagi," katanya.
Gee yang menerima 'tempias' penyakit ini melalui bekas suaminya, berasa
amat kesal namun terpaksa menerima hakikat bahawa masa yang berlalu
tidak dapat diputar kembali.
Saya rasa mungkin jangkitan dari suami saya, sebab dia jenis sosial bertukar-tukar pasangan. Jadi, saya terkena. Saya dah bercerai dengannya dan tiada anak. Ini semua dugaan Tuhan," ujar beliau redha dengan segala ketentuan Ilahi.
Menyifatkannya sebagai satu tamparan realiti buat dirinya, beliau
memutuskan untuk mendekatkan diri dengan pencipta dan sanggup
meninggalkan bakal suami yang ingin dikahwini dan hidup semati
dengannya.
Gee menganggap semuanya hikmah untuk mendekatkan dirinya dengan Allah.
"Saya rasa daripada saya duduk kerja sahaja tanpa haluan, balik letih.
Tidak tahu kita sakit macam mana, mati macam mana terus saya bagitahu
adik saya. Tolong carikan rumah agama saya nak belajar mengaji, nak
belajar Al Quran. Melalui Facebook, Google. Dia tolong cari sebab saya
kakak dia.
"Saya tidak mahu fikir apa-apa dah, dapat tahu saya tak nak fikir apa.
Saya cuma nak ingat Tuhan nak kejar agama. Kalau boleh saya nak pergi ke
Mekah. Itu saja azam saya nak pergi ke Mekah. Tak nak gangguan daripada
siapa-siapa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan