Oleh DrMaza
Muslim disuruh untuk menjaga penampilan diri di hadapan orang ramai supaya tidak kelihatan selekeh apatahlagi jika menjijikkan. Pakaian dan kenderaan disuruh kelihatan elok iaitu bersih dan kemas. Sudah pasti penampilan wajah dan tubuh wajar lebih diberikan perhatian dan keutamaan.
Ini bermaksud janggut, misai, bulu hidung dan apa sahaja pada wajah diurus dengan baik. Tubuh juga berkeadaan yang menyenangkan dari segi penampilan dan bau badan. Rasulullah S.A.W mementingkan wangian dan kekemasan fizikal.
Malang sekali KHUSUSNYA kaum lelaki ada yang tidak mementingkan soal penampilan diri ini.
Ada yang misai dan jambang tidak terurus. Lebih jijik lagi ada yang BULU HIDUNG terkeluar dengan pandangan yang sangat tidak selesa bagi yang memandang. Ada yang Bau badannya mengganggu hidung orang yang berdekatan.
Demikian juga pakaian, ada yang tidak memilih pakaian yang sesuai untuk dirinya ataupun memilih warna ataupun fesyen yang sesuai untuk sesuatu majlis. Padahal termasuk dalam petunjuk Nabi s.a.w untuk mengelokkan penampilan diri.
إِنَّكُمْ قَادِمُونَ عَلى إِخْوَانِكُمْ، فَأَصْلِحوا رِحَالَكُمْ، وَاَصْلِحُوا لباسَكم، حتى تكونوا كأنكم شامةٌ في الناس، فإن اللهَ لا يحبّ الفُحْشَ وَلا َالتَّفَحُّشَ)
“Sesungguhnya kamu akan bertemu dengan saudara-saudara kamu. Maka elokkanlah kenderaan kamu dan pakaian kamu hingga seakan-akan kamu adalah orang terampil dalam kalangan manusia. Ini kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai kekejian dan membiasakannya.” (Riwayat Abu Daud
Tiada ulasan:
Catat Ulasan