shahbudindotcom
Ketua
Penerangan UMNO, Annuar Musa berkata, tindakan pembangkang cuba
memanipulasi laporan DOJ adalah bertujuan mengalih tumpuan daripada isu
penubuhan Suruhanjaya Diraja berkaitan urusniaga mata wang asing atau
forex yang ditubuhkan kerajaan.
Kata beliau, keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu telah mewujudkan keadaan panik di kalangan pembangkang.
Benarkah pembangkang sedang panik?
Sebelum panik, mari kita fahami dahulu beza antara DOJ dengan forex.
Isu
DOJ ialah berkaitan 1MDB yang daripada syarikat pelaburan kerajaan
tersebut dipercayai hampir RM20,000 juta telah diselewengkan dan dalam
masa yang sama, hutangnya pula mencecah RM55,000 juta.
1MDB
ditubuhkan oleh Najib, Pengerusi Lembaga Penasihatnya Najib, Perdana
Menteri Najib, Pengerusi Mesyuarat Kabinet Najib, Menteri Kewangan Najib
dan orang yang terikat secara langsung dengan Artikel 117 M & A
syarikat iaitu berkuasa meluluskan sebarang urusan berkaitan kewangan
dan pelaburan 1MDB juga adalah Najib.
Berdasarkan
laporan DOJ, turut didedahkan bahawa "Malaysian Official 1" telah
mendapat sejumlah RM3,000 juta daripada dana 1MDB yang dilencongkan
melalui akaun peribadinya, manakala "isteri Malaysian Official 1"
menerima hadiah barang kemas serta perhiasan mewah daripada Jho Low
bernilai kira-kira RM128 juta.
Meskipun
sehingga ini tiada sesiapa mahu mengaku sebagai "Malaysian Official 1",
tetapi Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan dengan
bangga mengesahkan ia adalah Najib.
Urusniaga
matawang asing yang menyebabkan negara kerugian sehingga AS10 bilion
kira-kira 25 tahun lalu adalah diuruskan oleh Bank Negara dengan pegawai
yang dikatakan bertanggungjawab mengenainya ketika itu ialah Nor
Mohamed Yakcop.
Ketika
itu, Tun Mahathir Mohamad hanyalah Perdana Menteri dan Pengerusi
Mesyuarat Kabinet, manakala Menteri Kewangan ialah Anwar Ibrahim.
Memang
berlaku kerugian dalam urusniaga forex, tetapi ia adalah berkaitan
perniagaan yang tertakluk kepada ada masa untung, ada masa rugi.
Namun,
tindakan pencegahan telah diambil untuk mengelakkan kerugian lebih
menimbun, bahkan Nor Mohamed Yakcop juga telah diarah meletakkan jawatan
dan dilarang terlibat dalam urusan kewangan negara sebagaimana yang
disahkan oleh Anwar ketika mengadap Pasukan Petugas Khas sebelum ini.
Meskipun
berlaku kerugian, nilai ringgit ketika itu tidak begitu terancam atau
jadi lemah dengan mendadak. Segala-galanya dalam keadaan terkawal, malah
sehingga Tun Mahathir berundur pada 2003 dan Tun Abdullah Badawi
menjadi Perdana Menteri dan meletakkan jawatan pada 2009, nilai ringgit
tidaklah terlalu buruk berbanding ketika era Najib yang diselubungi
gerhana 1MDB.
Di
sebalik kerugian forex juga, tiada sesiapa termasuk Tun Mahathir dan
Anwar yang diketahui ada kemasukan beribu-ribu juta wang ke dalam akaun
bank peribadi mereka.
Tetapi,
di sebalik 1MDB, begitu ramai yang mendapag manfaat dan untungnya,
termasuk tiba-tiba mampu menghasilkan filem di Hollywood dan memberi
apartment mewah di New York dan London.
Selain
itu, berbeza dengan forex di mana beberapa tindakan telah pun diambil,
apa tindakan kerajaan terhadap petualang-petualang 1MDB?
Maka,
antara DOJ yang bertindak berkaitan 1MDB dan Suruhanjaya Diraja yang
ditubuhkan kabinet untuk menyiasat forex, siapa yang sepatutnya lebih
panik?
BN dan Najib atau pembangkang serta Tun Mahathir?
Adakah Annuar Musa turut sama panik bersama mereka yang sedang panik?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan