ISU Jabatan Kehakiman
Amerika Syarikat (DoJ) adalah muslihat bagi campur tangan asing di
negara ini selepas kegagalan beberapa siri perhimpunan Bersih ala Arab
Spring yang mendapat kerjasama pembangkang sebelum.
Atas sebab itulah, Pakatan Harapan yang
diketuai DAP merancang mengadakan himpunan bagi ‘menjaja’ mengenai isu
DoJ-1MDB bermula Julai ini.
Khabarnya mereka mahu mengadakan program
itu selama tiga bulan dengan sasaran memberi pemahaman kepada rakyat
mengenai isu saman sivil DoJ.
Siapa yang akan terlibat dalam perhimpunan itu?
Ianya meliputi pemimpin Pakatan Harapan,
pemimpin badan bukan kerajaan seperti Suaram dan beberapa portal berita
pro-pembangkang yang diketahui bersekongkol dan menerima dana asing
dalam operasi mereka.
Khabarnya juga, banyak lagi wang dana
luar akan ditaja dan digunakan untuk mempromosi dalam penganjuran
menganjurkan himpunan tersebut.
Adakah himpunan itu bukan ancaman kepada negara?
Jika di negara lain, pengkhianatan seumpama itu dengan melibatkan campur tangan asing pasti mengundang hukuman amat berat.
Persoalannya, adakah himpunan berkenaan akan mendapat sokongan rakyat?
Dan adakah wajar untuk rakyat menyertai himpunan berkenaan?
Apakah jelajah tersebut akan
membentangkan fakta sebenar atau rakyat akan terus dihidangkan dengan
fitnah serta tohmahan yang sudah pastinya bermatlamat bagi
memburuk-burukkan kerajaan?
Sejak 2014 lagi, politik fitnah dan
kebencian sudah dicetuskan pembangkang dan kini berterusan di bawah
Pakatan Harapan diketuai DAP.
Selepas pelbagai isu digunakan mereka,
kini mereka gunakan pula isu 1MDB untuk membentuk persepsi negatif
rakyat terhadap kerajaan sedia ada.
Dalam berdepan dengan isu DoJ dan 1MDB
ini rakyat perlu berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh dengan fitnah
dicetuskan oleh Pakatan Harapan.
Tidak salah untuk menyokong mana-mana
parti dalam pilihan raya kerana itu adalah hak yang diperuntukkan dalam
amalan demokrasi tetapi jangan terperangkap dengan pendekatan politik
tidak bermoral.
Apa yang hendak dibuktikan Pakatan Harapan dengan mengadakan himpunan sedemikian?
Jika diperhatikan, tindakan mengadakan
himpunan itu adalah lebih kepada gerakan politik bagi mengekalkan
sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan.
Menggunakan isu DoJ-1MDB, Pakatan
Harapan dilihat cuba meraih simpati masyarakat di negara ini dan dunia
supaya menyebelahi mereka.
Jika dilihat kepada himpunan atau program jelajah diadakan pembangkang sebelum ini, adakah mereka berjaya membuktikan sesuatu?
Yang ada hanyalah fitnah tohmahan bertujuan untuk meraih simpati rakyat.
Sepatutnya, kalau Pakatan Harapan
benar-benar mahu membela nasib rakyat dan memakmurkan negara, mereka
perlu mengadakan jelajah bagi membentangkan fakta dan menjelaskan
‘kenapakah mereka lebih baik daripada kerajaan sedia ada?’
Mereka juga perlu menjelaskan kepada
rakyat sejauh manakah pemimpin-pemimpin mereka jauh lebih bersih
daripada pemimpin-pemimpin kerajaan pimpinan kerajaan Barisan Nasional
(BN).
Adakah Pakatan Harapan berani untuk berbuat demikian?
Jika melihat kepada amalan politik mereka yang mengamalkan politik fitnah, mereka pasti tidak berani berbuat demikian.
Tentunya rakyat tertanya-tanya, kenapa Pakatan Harapan melibatkan campur tangan asing bagi memcampuri urusan negara ini?
Rakyat seharusnya mampu berfikir kenapa mereka berbuat demikian.
Dahulu melalui penganjuran
perhimpunan Bersih, rakyat diajak berdemonstrasi, berhimpun secara haram
dan akhirnya siapa yang menderita?
Bukankah rakyat sendiri yang menderita?
Berlaku kacau-bilau di lokasi penganjuran perhimpunan dan golongan peniaga terjejas ekoran tidak dapat melakukan perniagaan.
Itu sahaja yang dapat dilihat daripada
penganjuran himpunan anjuran pembangkang di negara ini dan langsung
tiada membuktikan apa-apa menerusi dakwaan dan fitnah yang dilemparkan
mereka.
Rakyat hanya dipergunakan oleh mereka.
Jadi, adakah rakyat perlu sekali lagi terlibat dalam himpunan 1MDB anjuran Pakatan Harapan?
Dalam konteks negara ini, apa sekalipun
percaturan politik, serahlah sahaja penentuan kepada rakyat negara ini,
bukannya pihak asing yang sememangnya menunggu masa menggugat Malaysia
yang berdaulat.
Rakyat sudah pun didedahkan pelbagai
himpunan anjuran pembangkang di negara ini dan kesannya juga sudah
dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.
Terpulang kepada rakyat, jika mahu terus
diperalatkan Pakatan Harapan, silalah sertai himpunan yang pasti
menyesakkan jalan raya itu nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan