SHAH ALAM: Ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho, atau lebih dikenali
sebagai Jho Low, mendakwa tuduhan Singapura terhadapnya bermotifkan
politik selepas pendakwa dari republik itu menuduhnya menjadikan 1MDB
sebagai mangsa.
Seorang jurucakap Low berkata percubaan untuk mengaitkannya dengan
mereka yang mengaku bersalah dalam kes-kes mahkamah di Singapura
berkaitan dengan 1MDB adalah "berasaskan kepada andaian yang tidak
berasas".
"Ini adalah satu contoh yang berlebihan dengan satu tindakan yang
bermotifkan politik dan naratif terpilih yang mendakwa 1MDB sebagai
'mangsa' apabila ia telah dinyatakan dengan jelas oleh pihak berkuasa
Malaysia bahawa tidak ada penyelewengan dana 1MDB.
"Tiada salah laku yang telah dibuktikan dalam mana-mana bidang kuasa
yang berkaitan dengan dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB, dan perkembangan
di Singapura ini tidak mengubahnya.
"Encik Low yakin mereka yang tidak memihak yang dibentangkan dengan
fakta-fakta yang lengkap, akan melihat bahawa tuduhan itu cacat, berat
sebelah dan memberi gambaran tidak tepat," kata jurucakap itu yang
dipetik oleh The Malaysian Insight.
Bloomberg semalam melaporkan bahawa pendakwa di Singapura telah
memberitahu mahkamah bahawa Low adalah tokoh utama dalam siasatan yang
dikaitkan dengan 1MDB, dan telah menyalahgunakan wang daripada dana
tersebut.
"Mangsa utama, dalam kes ini, adalah 1MDB," kata pendakwa Nathaniel Khng.
Semalam, bekas perancang harta tanah BSI Singapura Yeo Jiawei dijatuhi
hukuman penjara 54 bulan selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan
pengubahan wang haram dan tuduhan menipu yang dikaitkan dengan 1MDB.
Yeo telah dilaporkan merujuk kepada Low sebagai "bos."
Selain Yeo, empat orang lagi telah disabitkan oleh mahkamah Singapura
atas skandal 1MDB, dengan tiga daripadanya dijatuhi hukuman penjara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan