SHAH ALAM: DAP akan mengadakan pemilihan semula partinya jika keadaan
'memaksa mereka berbuat demikian' sebagaimana yang digesa Pendaftar
Pertubuhan (RoS).
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok mengatakan pihak parti tidak
pernah menolak untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif
Pusat (CEC).
"Adakah kita mempunyai pilihan untuk tidak mengadakan satu pemilihan?
"Jika mereka (ROS) membatalkan pendaftaran kita, bukankah itu lebih buruk?," ujarnya memetik laporan Malaysiakini.
RoS pada 7 Julai lalu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula parti itu selepas pemilihan pada 2013 tidak sah.
Sebelum mengambil saranan RoS itu, menurut Teresa, DAP perlu menerima
surat rasmi daripada pertubuhan tersebut, memandangkan parti itu
sehingga kini mendakwa tidak menerima sebarang kenyataan rasmi yang
dihantar kepada parti itu.
Kegagalan RoS itu mengundang reaksi dari Ketua Biro Perundangan DAP,
Gobind Sing Deo pada semalam yang memberi tempoh 48 jam kepada
pertubuhan tersebut untuk memberi surat rasmi atau ia bakal berdepan
dengan tindakan perundangan.
Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata parti tidak boleh menolak kritikan orang ramai berhubung pemilihan semula DAP.
"Sekiranya anda mahu wujud, anda mesti mengikut aturan dan peraturan,
kami (DAP) tidak takut dikritik oleh orang lain," katanya.
Sementara itu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua turut menyuarakan kemungkinan pemilihan semula parti akan diadakan.
DAP mengadakan mesyuarat tergempar di kalangan CEC, sehari selepas
pengumuman RoS selepas Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa
pertubuhan itu sengaja mensabotaj persiapan parti menghadapi pilihan
raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan