Seperti yang diketahui umum
harga minyak untuk minggu pertama Julai turun. Ini adalah kali ke lima
harga minyak turun secara berturut – turut. Berita baik yang diterima
oleh para pengguna sudah tentu sedikit sebanyak memberi kegembiraan dan
kelegaan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup pada masa kini.
Sejajar dengan penurunan harga bahan api terbabit, pihak pengguna kini
menunggu pula dengan penuh kesabaran serta harapan untuk melihat
penurunan harga barangan.
Jika dibandingkan dengan situasi setiap
kali selepas pengumuman kenaikan bahan api terbabit, sesetengah peniaga
sudah pasti akan menaikkan harga barangan dengan pantas serta secara
sesuka hati mereka. Berlainan pula dengan situasi sekiranya terdapat
pengumuman penurunan harga bahan api terbabit dimana pihak pengguna
terpaksa menunggu dengan penuh harapan selama berhari – hari, berminggu –
minggu, berbulan – bulan serta bertahun – tahun untuk para peniaga
mengambil sedikit initiatif untuk menurunkan harga barangan mereka.
Lebih mendukacitakan, berdasarkan
sejarah dalam negara kita, pengumuman penurunan harga bahan api
selalunya tidak diiringi dengan penurunan harga barangan pengguna
berbanding dengan situasi sebaliknya.
Seseorang peniaga yang bertanggungjawab
seharusnya mengambil peluang dengan pengumuman penurunan harga bahan api
terbabit untuk mengembalikan kepercayaan pihak pengguna terhadap
barangan mereka dengan menurunkan harga barangan. Pihak peniaga juga
tidak seharusnya berterusan mengambil kesempatan dengan mengunakan isu
harga bahan api untuk mengaut keuntungan yang melampau dari pihak
pengguna yang rata – rata kini menghadapi kesempitan kewangan berikutan
kenaikan kos sara hidup khususnya penduduk di kawasan bandar.
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pula hendaklah terus sentiasa
memantau keadaan harga barangan supaya tiada peniaga yang tidak
bertanggungjawab mengambil peluang dengan memanipulasi keadaan semasa
dengan mengunakan isu harga harga bahan api untuk menipu para pengguna.
Sudah sampai masanya juga para penggguna
dalam negara bersatu hati dan mengunakan segala kuasa pengguna yang ada
pada mereka untuk mengekang sebarang kenaikkan harga barangan seperti
usaha memboikot, melakukan proses pembandingan harga antara satu kedai
dan kedai yang lain, dan melakukan proses pembelanjaan dengan lebih
bijak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan