shahbudindotcom
Edra
Power Holdings Sdn Bhd adalah bekas anak syarikat 1MDB yang dijual
kepada syarikat penjana bebas dan tenaga nuklear dari China, iaitu China
General Nuclear Power Corporation.
Setelah
berhadapan dengan masalah hutang, pentadbiran Dato’ Seri Najib (melalui
1MDB) telah menjual aset-aset penjana elektrik di negara ini kepada
syarikat milik negara China itu yang melanggar peraturan umum pemilikan
penjana elektrik sehingga memerlukan pelepasan khas.
Akibatnya, syarikat milik negara China itu kini menjadi penjana bebas kedua terbesar di negara ini.
Semasa
penjualan aset-aset penjanaan elektrik itu kepada syarikat milik China,
pentadbiran Dato’ Seri Najib memberi alasan harga yang ditawarkan oleh
syarikat itu (sebanyak RM9.83 bilion) adalah lebih tinggi dari yang
ditawarkan oleh pembida terdekat iaitu TNB (sekitar RM8.6 bilion).
Atas
dasar itu, 1MDB memperjudikan aset strategik negara atas alasan dana
yang disuntik oleh syarikat China itu boleh mengurangkan hutangnya,
berbanding yang ditawarkan oleh TNB.
Sebab itu
berita penyenaraian Edra untuk mengutip sehingga RM5 bilion dari pelabur
di Bursa Malaysia ini adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian
serius.
Pertamanya, hutang-hutang yang perlu
dibayar oleh 1MDB (sehingga menyebabkan aset-aset penjanaan terpaksa
dijual) adalah berpunca dari pembelian aset-aset tersebut pada harga
yang lebih tinggi dari pemilik asalnya (syarikat-syarikat yang rapat
dengan Barisan Nasional).
Keduanya, wang yang
diperolehi dari penerbitan hutang kononnya untuk menjalankan perniagaan
1MDB telah diselewengkan bagi tujuan pembelian harta peribadi dan
berboros yang menyebabkan 1MDB tidak menjana apa-apa pulangan hingga
hutant-hutangnya perlu ditanggung oleh pihak awam.
Oleh
yang demikian, jika saham-saham yang bakal diterbitkan oleh Edra
dilanggan pula oleh institusi pelaburan atau dana yang dimiliki oleh
rakyat Malaysia, ini samalah seperti rakyat Malaysia menanggung hutang
1MDB dua kali:
1. Pertama – hutang pusingan pertama yang diambil oleh 1MDB dan telah diselewengkan
2.
Kedua – rakyat Malaysia memberikan wang kepada pemilik Edra (China
General Nuclear Power Corporation) untuk membayar kembali RM5 bilion
yang telah dibayar oleh CGNPC kepada 1MDB
Maka,
kami menyeru supaya institusi pelaburan awam dan dana awam terutamanya
KWSP, Tabung Haji, KWAP, PERKESO, PNB, Khazanah, MARA dan semua
pelaburan lain untuk memboikot dan menjauhi penyenaraian saham Edra
untuk mengelakkan dana awam terjebak kali kedua di dalam skandal 1MDB.
Dato’
Seri Najib wajarlah memastikan wang yang dibayar kepada 1MDB hasil
penjualan aset penjanaan elektrik kepada China General Nuclear Power
Corporation kekal datang dari syarikat China itu, bukannya dibayar balik
oleh rakyat Malaysia melalui penerbitan saham sebanyak RM5 bilion ini.
Tunjukkan sokongan anda sekarang dengan menandatangani petisyen ini di: http://bit.ly/PetisyenEDRA
Rafizi Ramli
Sukarelawan INVOKE #00001
Ulasan Blog - Jika kita tak mahu "dikenakan" dua kali, marilah kita pakat ramai-ramai tandatangan petisyen ini.
Ajaklah isteri atau suami dan anak-anak yang dewasa untuk turut sama menurunkan tandatangan mereka.
Begitu
juga, jika kita ada saudara-mara, kawan-kawan, kenalan baru yang
terjumpa sambil minum teh tarik dan sesiapa saja yang kita temui,
kecuali golongan yang memang suka "ditipu hidup-hidup", ajaklah juga
mereka untuk menandatangani petisyen ini.
Inilah
masanya untuk kita tunjukkan hak dan kekuatan kita, bukan
selama-lamanya hanya "jadi alat dan diperkuda" semata-mata oleh mereka
yang ada kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan