shahbudindotcom
Walaupun
karier politik Tun Mahathir Mohamad penuh warna-warni, tetapi oleh
kerana beliau tiada skandal peribadi atau melakukan pencurian wang untuk
diri sendiri, sanjungan, penghargaan serta penghormatan tidak pernah
berkurangan diterimanya.
Bukan
saja ia diluahkan melalui lafaz kata, tulisan atau dalam bentuk kad
ketika berkuasa, ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, ramai
yang menamakan anak dan cucu mereka sempena namanya.
Malah,
setelah berbelas tahun bersara, baru-baru ini di Langkawi ada sepasang
suami isteri yang masih mahu menamakan anak mereka dengan nama Mahathir.
Tetapi, adakah sesiapa di Malaysia ini mahu menamakan anak atau cucu mereka dengan nama Najib?
Di
kalangan pemimpin UMNO, yang diketahui ada anak bernama Najib hanyalah
Isa Samad, bekas Pengerusi Felda dan FGV yang kini diberi tugas baru
menerajui SPAD.
Itu
pun pemilihan nama tersebut dibuat lama sebelum ini, sebelum Najib
menjadi Perdana Menteri dan belum terkait lagi dengan skandal 1MDB yang
membuatkan namanya "busuk" serta diperkatakan di seluruh dunia.
Najib, anak Isa itu kini sudah dewasa dan merupakan salah seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Bagi
pemimpin dan ahli UMNO yang lain yang gigih membela dan mempertahan
Najib, jika mereka ada anak baru, tidak kira dengan isteri lama atau
isteri baru, sediakah mereka menamakannya dengan nama Najib?
Begitu
juga bagi pembela, penyokong serta pengampu Najib, di alam nyata atau
di alam maya, mahukah mereka menamakan anak, cucu atau keturunan mereka
dengan nama Najib sebagaimana mereka menyanjung, membela dan
mempertahankan Perdana Menteri yang bernama Najib itu?
Bagi
rakyat biasa, tentu saja lebih ramai yang sudah alergik dengan nama
Najib. Nama yang dianggap membawa kesusahan kepada rakyat dan negara dan
mencemar Malaysia di mata dunia, bukan saja dibenci, tetapi
seboleh-bolehnya tidak mahu disebut atau dikenang lagi selepas ini.
Nama
Najib bukan saja mahu disingkirkan daripada terus memimpin negara,
malah tidak mungkin ada yang mahu menamakan zuriat, anak, cucu dan
keturunan mereka dengan nama tersebut lagi.
Skandal
1MDB, kecurian wang, menyusahkan rakyat dan pelbagai perkara yang
memalukan yang dilakukannya semasa menjadi Perdana Menteri membuatkan
nama itu bakal "membusuk" untuk selama-lamanya di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan