Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa menerima dengan hati
terbuka cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menamakan beliau
sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Walau bagaimanapun ADUN Salor itu berkata, cadangan itu diterimanya
buat masa ini atas dasar strategi, selain menambah ia perlu mendapat
persetujuan semua parti komponen PH.
"Buat sementara ini saya terima saya dinamakan. Sementara ada orang
lain yang lebih berkelayakan bagi tujuan seperti yang saya sebutkan
tadi. Supaya rakyat Kelantan boleh mudah nampak siapa nak pimpin mereka,
apa latar belakang mereka. Supaya parti-parti dalam pakatan boleh
bersatu tenaga.
"Syarat dia ialah perkara ini diterima oleh parti. Kalau parti-parti
dalam pakatan tak boleh nak terima maka tak jadilah. Kalau parti dalam
pakatan terima, sementara boleh saya terima. Bagi tujuan-tujuan
strategik perjuangan kita khususnya di Kelantan. Kalau ada orang lain
yang lebih layak saya akan beri pada orang itu jadi MB. Jadi sementara,"
katanya dalam sidang media di Wisma Amanah, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Husam berpendapat penamaan pemimpin bayangan untuk
memimpin negeri itu bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas
kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan