JELI: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas kereta yang
dipandu bapanya terjunam ke dalam gaung di Batu 15, Lebuhraya Timur
Barat, Pergau di sini, petang semalam.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.00 petang itu, Mohd Hadif
Hilmifarizal yang dalam perjalanan pulang bersama ibu bapa dan kakaknya,
meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala
dan badan, lapor Berita Harian Online.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Yusuff Jaafar,
berkata jenis Toyota Vios dipandu Hilmifarizal yang dalam perjalanan
dari Alor Setar ke Pengkalan Chepa dipercayai terbabas sebelum terjunam
ke dalam gaung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Shahril Mohd Sa'aid,
berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian pada jam 6.40
petang sebelum menghantar sebuah jentera ke lokasi kejadian.
Katanya, keempat-empat mangsa tersepit dan pihaknya mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengeluarkan mangsa.
"Kita mengeluarkan mangsa pertama jam pada jam 8.54 malam manakala mangsa terakhir kanak-kanak perempuan jam 12 tengah malam.
"Semua mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut manakala
mayat bayi itu menjalani proses bedah siasat," katanya yang turut
mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Grik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan