Najib
Menurutnya, ada perkara yang lebih besar yang perlu dihadapinya daripada membuat demikian.
"Sekarang ini, kita berhadapan dengan negara yang diambang kehancuran disebabkan 'seseorang', jadi mana lebih penting? Takkan nak cakap 'sorry' dulu baru boleh lawan Najib?
"Perkara ini sebenarnya kecil sahaja, yang utama sekarang adalah untuk melawan kleptokrasi di Malaysia," katanya dalam satu bual bicara anjuran sebuah portal, hari ini.
Terdahulu, Pas ada bertanya adakah bekas perdana menteri itu sudah meminta maaf atas segala tindakannya semasa berkuasa dahulu.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata masalah yang berlaku di negara ini adalah hasil 'anak susuan' Mahathir sendiri.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa rakyat seharusnya lebih berfikiran terbuka dalam menghadapi perubahan.
"Kalau pembangkang gagal kali ini, negara akan 'tersekat' selama hampir satu dekad, justeru misi utama Pakatan Harapan adalah untuk melawan kleptokrasi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan