HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 September 2017

Langkah kukuh dilaksana kesan wang ‘Malaysia Palsu’

THE MALAYSIAN TIMES
 
Dalam kenyataan, ABM berkata, langkah itu termasuk mengesahkan kesahihan wang ​sebelumdiedarkan dan tindakan itu dilaksanakan di peringkat mesin, serta di kaunter cawangan-cawangan bank.

“Setiap bank mempunyai prosedur dalaman khusus masing-masing berkaitan proses wang. Secara amnya, kesemua wang akan diimbas dan disahkan sebelum dimasukkan ke dalam Mesin Juruwang Automatik dan Mesin Kitar Semula Tunai (CRM).

“Sebagai tambahan, wang yang didepositkan di CRM dan Mesin Deposit Tunai (CDM) oleh pelanggan bank adalah diimbas oleh mesin tersebut. Sebarang wang palsu yang didepositkan akan dikesan dan ditolak serta-merta,” menurut ABM.

Persatuan itu mengulas laporan media baru-baru ini mengenai wang palsu yang didakwa dikeluarkan dari ATM dan di kaunter bank tanpa disedari.

ABM berkata, bank digesa mematuhi garis panduan dikeluarkan oleh pihak pengawalseliaan berkaitan pengendalian wang yang disyaki palsu.

Mengikut garis panduan itu, kesemua wang yang disyaki palsu perlu dikekalkan, dilaporkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

“Kami mahu mengingatkan orang ramai bahawa wang palsu adalah tidak sah di sisi undang-undang, tidak ada nilai yang diberikan kepada wang palsu,” menurut ABM.

Orang ramai yang memiliki wang yang disyaki palsu dinasihatkan membuat laporan polis dan menyerahkannya.

Wang disyaki palsu yang kemudiannya disahkan tulen selepas siasatan akan dipulangkan​​​​​​​ kepada pelanggan bank berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan menghubungi pusat khidmat bank masing-masing atau ABMConnect di 1-300-88-9980 untuk sebarang pertanyaan

Tiada ulasan: