Beberapa jam selepas kemalangan itu, Justinian Tan
dihantar ke Hospital Besar Singapura untuk rawatan, tetapi beliau
diisytiharkan mati otak pada Isnin kerana terlalu banyak masa
dibazirkan.
PETALING JAYA: Seorang warga Singapura yang menjadi mangsa langgar lari di Johor Bahru, meninggal dunia selepas Hospital Sultanah Aminah menangguhkan rawatan sehingga mendapat bayaran tunai.
Justinian Tan, 25, bersama 5 rakannya ketika kemalangan itu berlaku Jumaat lalu.
Media melaporkan mereka baru selesai makan lewat malam dan berjalan ke kereta kira-kira jam 3 pagi, apabila sebuah Proton Saga merempuh kumpulan pemuda itu, sebelum melarikan diri.
Tan dan Brandon Yeo, 24, dilanggar kereta itu. The Independent melaporkan Tan yang tidak sedarkan diri, kemudiannya didapati menggigil, batuk berdarah dan sukar bernafas.
Rakan Tan yang dipetik portal berita itu berkata, pihak berkuasa lambat bertindak, dengan ambulans hanya tiba 30 minit kemudian, walaupun jarak tempat kejadian dengan hospital hanya 5km atau 9 minit perjalanan, berdasarkan kiraan Google Maps.
Tan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, tetapi dimaklumkan imbasan perubatan awal hanya boleh dilakukan selepas mendapat bayaran tunai.
Seorang daripada 6 rakan itu yang bernama Joshua dilaporkan berkata, mereka diminta membayar RM1,350 untuk setiap mangsa sebelum tindakan lanjut boleh diambil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan