Menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata,
kutipan cukai pelancongan akan dilakukan Kementerian Kewangan di bawah
Najib.
PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak bercadang mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkongsian negeri itu dalam hasil kutipan cukai pelancongan.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Najib ialah menteri kewangan dan kutipan cukai itu akan dilakukan Kementerian Kewangan.
“Kadangkala lebih baik bincang perkara seperti itu secara tertutup (dengan Najib) dan mengelakkan isu lain seperti negeri lain tidak mendapat jumlah sama,” katanya dipetik The Malaysian Reserve.
Pada 11 Ogos lalu, Sarawak menuntut negeri itu mendapat pembahagian adil daripada cukai pelancongan, iaitu tidak kurang 30% daripada jumlah dikutip.
Karim dilaporkan berkata, 10% yang diumumkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz “tidak adil”.
“Kami mahu hasil yang lebih besar diberi balik kepada Sarawak, kami mahu sekurang-kurangnya 30 peratus atau lebih daripada jumlah keseluruhan yang dikutip,” katanya pada bulan lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan