Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Wakil tunggal PKR di Kelantan Mohamad Roslan Puteh enggan
melibatkan diri dalam perselisihan yang berlaku di antara kepimpinan
pusat dan negeri.
Dalam respons balas kepada Antarapos, beliau yang merupakan ADUN Guchil
enggan memberikan sebarang komen berhubung kemelut yang berlaku.
"Maaf saya tak mahu komen apa-apa tentang Keadilan (PKR) Kelantan atau Pusat," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
Pergolakan dalaman PKR kian memuncak apabila ketua Angkatan Muda
Keadilan (AMK) Kelantan Dr Mohd Hafidz Rizal Amran dipecat daripada
jawatannya berkuatkuasa serta-merta pada 28 Ogos lalu.
Kemelut bertambah buruk apabila Jawatankuasa AMK Kelantan mengumumkan
hilang sokongan terhadap Mohd Hafidz serta mendesaknya meletak jawatan.
Ini disusuli dengan memorandum yang dikatakan ditandatangani pemimpin
AMK peringkat cabang yang kemudian dihantar kepada pucuk pimpinan pusat.
Perselisihan kian berlarutan apabila Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab
Kadir enggan mengiktiraf pelantikan Mohd Khairul Amin Ab Rahman sebagai
Ketua AMK Kelantan yang baru malahan melantik Mohd Hafidz sebagai
koordinator sayap berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan