Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke
prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan urus niaga Bank
Negara dan mata wang asing (Forex) untuk mendengar keterangan Datuk Seri
Anwar Ibrahim selaku saksi ke-21.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tiba di Istana
Kehakiman pada jam 2.20 petang dan memasuki bilik bicara tidak lama
kemudian.
Terdahulu Anwar masuk ke bilik bicara pada jam 2.05 petang.
Turut berada di bilik bicara prosiding ini diadakan adalah Presiden
PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Shamsul Iskandar Md Akin (naib
presiden) dan beberapa ahli keluarga dan teman rapat pemimpin itu.
Ini kali kedua Dr Mahathir hadir ke prosiding RCI untuk mendengar keterangan Anwar, selepas berbuat demikian pada 24 Ogos lalu.
Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara adalah menteri kewangan
pada 1991 hingga 1998, ketika skandal kerugian itu berlaku manakala Dr
Mahathir adalah perdana menterinya.
Anwar dan Dr Mahathir sebelum ini cuba menggugurkan pengerusi RCI itu,
Mohd Sidek Hassan atas alasan siasatan itu akan menjadi berat sebelah
memandangkan Sidek antara individu yang mencadangkan prosiding itu
diwujudkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan