shahbudindotcom
Pada 3 September lalu, sehari sebelum hari persaraannya sebagai Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, beliau akan mengisi hari-hari tuanya dengan belajar memasak.
Saya
sudah bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai orang awam dengan
mengikuti kelas memasak di Institut Bakeri Malaysia di Petaling Jaya,
katanya yang telah mengabdikan selama 41 tahun berkhidmat dalam pasukan
polis.
Pada
4 September, Khalid mengakhiri tugasnya sebagai Ketua Polis Negara dan
tempatnya diambil oleh bekas Pengarah Cawangan Khas PDRM, Fuzi Harun.
Semalam,
5 September, sehari selepas bersara, Najib Razak mengumumkan
perlantikan Khalid sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd dan
Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan
masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman
pelampau dan pemerdagangan manusia.
Daripada
sebelum ini hanya ada satu kerja, sebaliknya setelah bersara, beliau
kini ada dua kerja, dua jawatan, dua gaji serta serta mungkin lebih
sibuk berbanding sebelumnya.
Maka, bila beliau mahu mengikuti kelas memasak yang sudah dirancangnya itu?
Najib
jelas begitu pemurah terhadap Khalid sehingga sanggup memberikannya dua
jawatan serentak dan hanya sehari selepas hari persaraannya.
Perkara ini jarang-jarang, malah mungkin tidak pernah berlaku kepada sesiapa sebelum ini.
Kenapa agaknya Najib begitu murah hati terhadap Khalid?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan