SHAH ALAM: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mempersoal apakah bekas
penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersedia menjadi
kambing hitam dalam skandal Bank Negara Malaysia (BNM) dan urus niaga
mata wang asing sekitar tahun 1990-an dahulu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata Nor Mohamed cuba
melindungi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam
keterangan yang diberikan pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) berkenaan kerugian forex, dua hari lalu.
"Dia mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar itu, tetapi
menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh Bank
Negara sekitar 1990-an itu ditentukan oleh dia secara bersendirian.
"Maksudnya ada orang lain terlibat. Siapakah orang itu? Yang pasti Nor
Yakcop cuba mengelak daripada mengaitkan perdana menteri (Mahathir) dan
menteri kewangan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika itu.
"Mustahil Nor Yakcop membuat keputusan bersendirian dan mustahil juga
jika tiada arahan dari pihak atasan," kata Puad dalm satu kenyataan.
Puad juga mempersoal mengapa jumlah kerugian sebenar yang ditanggung
BNM berbeza dengan laporan yang dibentangkan di Kabinet pada waktu itu.
Anwar, saksi ke-21 dalam prosiding semalam dipersoal pengerusi RCI, Tan
Sri Mohd Sidek Hassan berkenaan jumlah sebenar kerugian kepada kabinet.
Ia berikutan kenyataan Anwar kerugian itu bernilai RM5.7 bilion, namun Sidek mendakwa jumlah sebenarnya adalah RM32 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan