shahbudindotcom
Serentak
dengan hari terakhir pendengaran RCI forex hari ini, saksi penting
berhubung siasatan kerugian urusniaga matawang asing, Nor Mohamed Yakcop
menerima satu lagi "bahagian" dalam hidupnya apabila mengumumkan
perletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah, cabang utama
pelaburan milik kerajaan.
Perletakan jawatan beliau akan berkuatkuasa pada 30 September ini.
Ketika
menjadi saksi RCI forex baru-baru ini, beliau secara terbuka mengaku
bertanggungjawab terhadap segala urusniaga matawang asing serta kerugian
yang ditanggung oleh Bank Negara pada tahun 90an dahulu.
Nor
Mohamed Yakcop juga memberitahu, sepanjang mengendalikan urusan itu,
beliau tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan, baik dengan
Perdana Menteri mahu pun Menteri Kewangan.
Sehubungan
itu, jelasnya, berikutan kerugian yang dialami oleh Bank Negara ketika
itu, beliau telah menerima "bahagiannya" dengan diarahkan meletakkan
jawatan serta-merta setelah berkhidmat selama 25 tahun.
Bagaimanapun,
tegas Nor Mohamed Yakcop kerugian itu memberinya pengalaman berguna
dalam membantu menangani krisis matawang pada 1997/98 dan berjaya
menyelamatkan lebih banyak wang negara.
Tun
Mahathir Mohamad dalam keterangannya kepada RCI forex semalam turut
mengakui peranan penting Nor Mohamed Yakcop dalam perkara itu dan
menganggapnya sebagai penyelamat dalam menangani krisis matawang.
Keterangan
beliau itu tentunya dianggap sebagai "pukulan maut" kepada Najib Razak
yang menubuhkan RCI forex yang tidak diragui umum, malah diakui oleh Tun
Mahathir sendiri, adalah semata-mata bertujuan untuk memburukkan
dirinya dan juga Anwar Ibrahim.
Dengan
Nor Mohamed Yakcop secara sukarela mengakui beliau yang
bertanggungjawab, bukan sesiapa selainnya, akan jadi "kartunlah" kalau
tiba-tiba kesalahan tentang kerugian urusniaga matawang asing itu
dibebankan kepada pihak lain.
Sehubungan,
ramai yang mengandaikan kedudukan beliau di Khazanah pasti terancam
kerana keterangannya, meskipun berasaskan kebenaran, tetapi dilihat
tidak sealiran dengan kehendak kerajaan.
Berikutan
perletakan jawatan itu, Nor Mohamed Yakcop setakat ini telah menerima
"dua bahagian" berhubung kerugian urusniaga matawang asing.
Satu bahagian ketika diarahkan meletakkan jawatan di Bank Negara dan yang keduanya dengan meletakkan jawatan di Khazanah.
Bagaimana dengan hasil keputusan RCI forex yang dijangka akan diumumkan pada bulan depan?




Tiada ulasan:
Catat Ulasan