HALAMAN SANTAI

Jumaat, 8 September 2017

PAS perlu sedia jadi kerajaan, kata Nasrudin

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS perlu bersedia menjadi sebuah kerajaan walaupun parti itu hanya bertanding 40 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan.
 
"PAS bersama Gagasan Sejahtera sedang mengorak langkah ke gerbang pilihanraya umum ke-14 dengan siap dan sedia untuk memenangi kerusi yang ditandingi. Galas tanggungjawab membina negara berkebajikan, sejahtera dan maju bersama Islam.
 
"Minda, spiritual dan fizikal pimpinan PAS, ahli dan seluruh penyokongnya perlu diletakkan dalam posisi "government in waiting".
 
"Justeru itu, PAS mengagaskan budaya politik matang dan sejahtera dalam pendekatan dan gerak kerja parti," kata Nasrudin dalam satu catatan Facebook hari ini.
 
PAS kini merupakan sebahagian daripada gabungan kuasa ketiga bersama parti serpihan Umno Parti Ikatan Negara (IKATAN).
 
Pada muktamar Mei lalu, PAS menyatakan akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen dan menawan lima kerajaan negeri - Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor.
 
PAS juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan yang baik dengan Umno-Barisan Nasional (BN) apabila kerap kali dilihat menjalin kerjasama dalam beberapa program melibatkan Islam.
 
Namun ia dinafikan parti itu, sebaliknya kerjasama secara politik dengan Umno, hanya melibatkan hal-hal kepentingan agama Islam.
 
 

Tiada ulasan: