Hormat semua. Hampir semua golongan di negara ini berasa terseksa dan menderita berada dibawah pentadbiran Najib Razak dan Umno. Polisi dan dasar pembangunan yang dijanakan Najib tidak memberi keselesan hidup kepada mereka. Semua berasakan hidup macam jadi kuli batak.
Sistem kawalan modal, pemborosan dalam pembangunan dan perogolan ke atas institusi kewangan awam, Tabung Haji, KWSP, LTAT dan sebagainya, pecukaian melampau terhadap rakyat menerusi sistem cukai GST, membuat rakyat derita negara pula akan bankrup.
Sebut dan cari golongan mana yang tidak terseksa di bawah kerajaan Najib. Petani dan nelayan, buruh hidup semakin sempit dengan kos keperluan hidup melambung tinggi. Ikan kembung RM20 sekilo menjadikan mereka hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan berlapar waktu malam.
Golongan pelajar pula terbeban dengan kos pengajian tinggi, sedangkan biasawi dipotong atau dihapuskan terus, ada antara mereka terpaksa makan magie berkongsi tiga untuk satu supik.
Orang awam yang sakit untuk mendapatkan rawatan di hospotil dikenakan bayaran, -- rawatan mungkin poercuma tetapi ubat terpaksa ditanggung sendiri. Ini tidak termasuk pesakit kronik seperti buah pinggan, kanser dan sebagainya yang terpaksa mengeluarkan kos tinggi dan ada kalanya tidak dapat meneruskan perawatan kerana ketiadaan wang untuk membayar kos ubatan. Tekanan ini semua menjadikan pintu kubur mereka kian terbuka.
Para penganggur mereka terus meriba tangan, sambil mengotel telor kerana ketiadaan pekerjaan. Telor makin besar nafsu kian liar. Mereka yang meminjam wang PTPTN pula berdepan dengan tindakan bankrusi yang tidak boleh keluar negara. Mereka jadi banduan dalam negara sendiri.
Para peneroka di Felda pula terus ditekan dan ditindas hak mereka untuk memiliki geran tidak disempurnakan. Hutang mereka bertambah dari setahun ke setahun apabila institusi mereka diperiagakan, dikorporatkan, yang kaya ialah pihak CEO dan pengurusan, manakala peneroka sedia untuk mampus.
Hutang mereka bertompok pula disembunyikan, mereka berpotensi jadi seperti rakyat dibawah pemerintahan komunis sosialis, berkerja untuk majikan dan mereka hanya diberi upah mengikut jam, persis beruk naik nyiur diberi air setempurung selah kerja menjatuhkan nyiur selesai.
Golongan budaya dan sasterawan yang berjuang untuk memertabatkan budaya bangsa juga terkena sama bila mana nilai budaya yang dipupuk tidak dihormati langsung. Budaya hanya jadi perhiasan untuk majlis-majlis sambutan rasmi negara bukan dipaksa agar dipraktikan dalam kehidupan dan sistem pentadbiran negara.
Pendeknya semua golongan terasa dan terseksa dengan Najib. Hatta pengemis juga yang berkeliaran di warung2 kopi dan kedai mamak, yang bertambah angka dari sehari ke sehari juga susah kerana terpaksa bersaing sesama sendiri apabila makin ramai yang terjun dalam bidang pengemisan kerana tekanan ini menyebabkan pendapatan mereka berkurangan.
Kesan kepada kemelesetan ekonomi, mata wang jatuh menjadi para geladagang merosot pendapatan tidak mewah seperti dahulu. Ah semua golongan terkena dengan Najib hatta generasi yang belum lahir, masih dalam perut ibu sudah pun terbeban dengan penanggungan hutang negara yang dijana oleh Najib. Cis sungguh menate Najib ini. Trims.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan