HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 September 2017

Kerajaan takkan benarkan pesta gay - Zahid

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
MANILA: Kerajaan tidak akan membenarkan parti muzik gay, White Party BKK Warm Up yang dirancang diadakan di Rooftop GTower, Kuala Lumpur pada 30 September.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, acara berkenaan tidak akan dibenarkan berlangsung kerana bertentangan dengan norma hidup masyarakat Malaysia.
 
Bukan itu saja, ia juga boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan membawa ancaman terhadap keamanan negara.
 
“Saya arahkan Ketua Pengarah Imigresen tidak memberikan visa dan kebenaran kepada mereka yang terlibat dengan penganjuran parti itu untuk memasuki Malaysia,” katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-11 dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) di sini hari ini.
 
Mengulas lebih lanjut, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Bukit Aman telah memberi laporan kepadanya tentang perkara tersebut dan mengesahkan belum menerima sebarang permohonan untuk penganjuran parti itu.
 
Pesta tarian anjuran DivineBliss Malaysia itu difahamkan menjemput semua ahli komuniti LGBT dan gay dari seluruh negara untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan acara berkenaan.
 
Semalam Ismaweb, laman rasmi NGO Melayu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), mendedahkan acara berkenaan bakal menjemput golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) daripada seluruh negara.

Tiada ulasan: