shahbudindotcom
Kejadian
seorang anggota polis diserang dan ditetak sehingga menyebabkan
kematiannya di sebuah balai kecil di Subang Jaya, baru-baru ini tentunya
sesuatu yang menyedihkan kita semua.
Tugas pihak polis ialah menjaga keselamatan rakyat, tetapi nampaknya anggota polis sendiri turut terancam kedudukannya.
Ketika
kejadian, balai polis tersebut tidak dilengkapi kamera litar tertutup
atau CCTV sehingga mendatangkan sedikit kesukaran kepada pihak polis
mengesan pelaku yang melakukan jenayah itu.
Dalam
hal ini, jika anggota pasukan keselamatan sendiri tidak dilindungi oleh
persekitaran yang terkawal, tentulah sukar bagi mereka menjalankan
tugas dengan lebih berkesan.
Harapan
kita tentunya agar kejadian di balai polis itu adalah yang pertama dan
terakhir. Kita tidak mampu melihatnya berulangnya lagi di masa dan
tempat yang lain.
Semalam,
kita tentunya bertambah sedih apabila membaca kenyataan Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed yang menyebut ketiadaan CCTV di
balai-balai polis ialah kerana kerajaan tidak cukup wang untuk
memasangnya.
Aduhhh...kenapa sampai begitu sekali?
Di
sebalik tranformasi sana, transformasi sini, ekonomi tumbuh sihat, KDNK
makin meningkat, cukai GST RM42 bilion setahun dan nama Perdana Menteri
sendiri dicatat sebagai penerima derma terbanyak dalam sejarah
dunia,mrupa-rupanya negara masih ketiadaan wang untuk memasang CCTV di
balai-balai polis.
Tidakkah ini sangat-sangat memalukan dan menyedihkan kita semua?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan