Pengarah
Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi
(dua kiri) bersama ahli-ahli UTK PPIM dan salah seorang mangsa penipuan
Puan Ku Shahrom Ku Ahmad,65, (kanan) mendengar penerangan dari salah
seorang Agen Pemasaran Perumahan yang dikehendaki Puan Siti Nurbaiyah
Yahya lebih dikenali sebagai Anggun (dua kanan) ketika menunjukkan
dokumen pembelian semasa UTK PPIM bersama mangsa-magsa penipuan menyerbu
pejabat berikutan kes laporan penipuan skim pembinaan rumah system
bangunan industri (IBS) oleh mangsa di Starparc Point, Setapak, Kuala
Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM,
KUALA LUMPUR – Usaha 200 pembeli projek mini banglo berharga
RM60,000 seunit mahu menuntut pembelaan kerana ditipu oleh pihak pemaju
ternyata menemui jalan buntu apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) yang diharapkan untuk membantu mereka juga tidak mampu berbuat
apa-apa.
Mereka yang berkumpul di pejabat PPIM hari ini hanya dapat bertemu
dengan Datuk Norul Iman Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Datuk
Boy Iman, iaitu wakil DBI Properties yang pernah menjadi ejen pemasaran
kepada Juta Kelulut ketika melancarkan promosi projek Mini Banglo pada
Mei tahun lalu.
Juta Kelulut Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek mini banglo tersebut.
Menjawab satu persatu soalan para pembeli, Boy Iman menjelaskan,
beliau juga antara mangsa penipuan skim tersebut sambil menyebut
beberapa nama yang membayarnya untuk menubuhkan syarikat DBI Technology
Sdn Bhd bagi memasarkan rumah berkenaan.
Rentetan daripada pertemuan itu, kesemua mangsa dan pihak PPIM
bergerak ke Setapak bagi menjejaki pejabat pihak yang bertanggungjawab
yang nama mereka telah disebutkan oleh Boy Iman. Pengarah
Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi
(dua kiri) bersama ahli-ahli UTK PPIM dan salah seorang mangsa penipuan
Puan Ku Shahrom Ku Ahmad,65, (kanan) mendengar penerangan dari salah
seorang Agen Pemasaran Perumahan yang dikehendaki Puan Siti Nurbaiyah
Yahya lebih dikenali sebagai Anggun (dua kanan) ketika menunjukkan
dokumen pembelian semasa UTK PPIM bersama mangsa-magsa penipuan menyerbu
pejabat berikutan kes laporan penipuan skim pembinaan rumah system
bangunan industri (IBS) oleh mangsa di Starparc Point, Setapak, Kuala
Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM,
Sebaik tiba di pejabat Juta Kelulut, mereka dipertemukan dengan Siti
Nurbaiyah Yahya yang lebih dikenali sebagai Anggun dan suasana menjadi
kecoh apabila mangsa-mangsa yang tertipu menjerit-jerit menuntut
penjelasan lanjut.
Anggun bagaimanapun menjelaskan, beliau juga cuma bertindak sebagai ejen dan telah menyerahkan kesemua wang kepada pihak lain.
Tambahnya, beliau hanya diberi RM6 juta untuk membeli peralatan
pembinaan dan menyebut nama dua individu yang bertanggungjawab mengambil
wang tersebut yang sehingga kini tidak diketahui statusnya.
Kesemua mangsa hampa kerana matlamat mereka untuk menuntut wang masih belum tercapai. Temubual
bersama salah seorang mangsa penipuan skim pembinaan rumah system
bangunan industri (IBS), Puan Ku Shahrom Ku Ahmad,65, di Starparc Point,
Setapak, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM,
Salah seorang mangsa, Ku Shahrom Ku Ahmad, 65, sanggup datang dari Langkawi semata-mata mahu mendapatkan wangnya kembali.
Beliau mendakwa telah mengeluarkan wang simpanannya sepanjang
berkhidmat dengan kerajaan berjumlah RM50,000 untuk membina rumah di
Langkawi.
“Mak cik dapat tahu dia buat promosi masa di Langkawi. Anak mak cik
ajak sebab harganya murah. Dia cakap masa tu bayar RM50,000 saja sebab
ada promosi untuk bina rumah tiga bilik.
“Mak cik ingat nak buat rumah untuk anak mak cik. Tapi tak sangka
jadi macam ni. Siapa tak sedih, dengan duit yang kita kumpul jadi macam
ni,” katanya sebak. Temubual
bersama salah seorang mangsa penipuan skim pembinaan rumah system
bangunan industri (IBS), Nurzafirah Alimuddin,29, di Starparc Point,
Setapak, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM Seorang lagi mangsa, Nurzafirah Alimuddin, 29, memberitahu, dia membayar
RM60,000 menggunakan wang simpanan dan menjual rumah milik ibunya.
Bagaimanapun dia mula rasa tertipu apabila rumah yang sepatutnya
dibina tiga bulan selepas pembayaran masih tidak menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, Nurzafirah menjelaskan dia sudah mendapat RM30,000 dari Norul Iman awal tahun lalu setelah enam bulan membayarnya.
“Ikutkan saya masih tak puas hati dengan apa terjadi hari ni, tapi apa boleh buat,” ujar Nurzafirah.
Aktivis PPIM, Yusuf Azmi memberitahu, pihaknya telah mendesak Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes tersebut kerana aduan telah
dilakukan.
Namun sehingga kini, PDRM masih belum memberi maklum balas terhadap aduan yang dibuat.
Projek mini banglo yang menggunakan sistem pembinaan industri (IBS)
mendapat sambutan sambutan hangat kerana harga yang ditawarkan menarik
dan mampu bayar.
Namun orang ramai yang membeli rumah berkenaan mula berasa tertipu
kerana sehingga lebih setahun tiada sebarang pembinaan
dijalankan.-Malaysia Gazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan