Memikirkan masyarakat dan negara kita hari ini, saya tiba-tiba jadi
buntu fikiran, dan saya tiba-tiba teringatkan sdr kerana tatkala saya
buntu fikiran beberapa bulan lalu dan saya menulis kepada sdr tanpa saya
duga sdr membuka suatu pintu yang membolehkan saya melihat banyak
kemungkinan dan beberapa pilihan yang kembali menyegarkan kreativiti
saya.
Kali ini, sama seperti dulu juga saya hanya ingin bercerita kepada sdr Tan Sri sahabatku, dengan sedikit harapan, kerana sdr selalu melihat ruang-ruang yang amat jarang mahu dilihat oleh orang lain, apatah lagi kalau ruang itu adalah ruang seni dan budaya. Dan lebih pentingnya Tan Sri bukan sahaja melihat ruang-ruang itu tetapi Tan Sri terus melaksanakannya.
Dan kali ini fikiran saya menjadi buntu Tan Sri, apabila memikirkan orang-orang dan pihak-pihak yang sememangnya dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu (termasuk kemudahan dana) bagi menghidupkan aktiviti seni-budaya sesuai dengan keperluan para aktivis semasa, namun mereka bersikap “orang bodoh” yang seperti bukan tanggungjawab mereka untuk apa-apa yang kita harapkan kepada mereka itu.
Masyarakat dan negara kita hari ini Tan Sri, kalaulah kita ini orang luar dan kita ditakdirkan boleh mendengar ucapan-ucapan para pemimpin kita sekali-sekala apabila mereka bercakap dan menyebut atau menyentuh hal seni-budaya, kita pasti akan percaya bahawa masyarakat dan negara Malaysia kita ini tidak ada masalah langsung dalam hal seni-budaya. Para pemimpinnya sangat memahami dan sangat peduli hal seni-budaya.
Tan Sri tentu faham apa maksud saya, bukan! Mereka hanya pandai bercakap. Baik pemimpin politik mahupun pemimpin di kalangan budayawan, seniman dan intelektual sendiri pun. Mereka sangat faham, dan bahkan kadang-kadang mereka bercakap, selalunya dalam ucapan-ucapan di khalayak umum, seolah-olah mereka sendiri pun turut menyuarakan apa yang kita fikirkan.
Dan kalau begitu, apalah lagi masalah kita! Seolah-olah kita pun tak ada masalah apa-apa lagi. Dan begitulah yang terjadi dan berlangsung tahun demi tahun dan tahun demi tahun, sejak saya baru bekerja selepas tamat universiti tahun 1970-an dulu lagi.
Tan Sri tahu mengapa saya sanggup berhenti kerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka awal tahun 1980 dulu, dan menjadi aktivis seni-budaya sepenuh masa? Kerana saya percaya dan yakin mendengar cakap-cakap dan ucapan beberapa orang pemimpin yang juga saya anggap sebagai sahabat-sahabat saya dalam seni-budaya waktu itu!
Mereka begitu peduli dengan aktiviti seni-budaya dan memperlihatkan kesediaan untuk sama-sama berusaha memajukannya dengan ruang kuasa, dana dan tanggungjawab yang ada pada mereka masing-masing. Dan apabila saya nekad bersama kawan-kawan saya untuk menumpukan sepenuh tenaga dan masa kepada aktiviti seni-budaya, waktu itu barulah saya kenal dan tahu apakah yang sebenarnya ada di sebalik kata-kata dan ucapan yang penuh janji itu.
Sampailah hari ini, masih sama dan serupa. Maksud saya sikap dan perangai para pemimpin kita itu, terhadap seni-budaya. Bahawa seni-budaya adalah bahan yang sangat baik dan berkesan untuk dijadikan bahan percakapan dan ucapan, yang tak semestinya bahkan tak perlu pun diikuti dengan pelaksanaan. Bercakap dan berucap saja! Tak perlu dilaksanakan.
Tan Sri cuba bayangkan. Sejak akhir 1970-an dulu hingga kini, sudah 40 tahun. Pemikiran dan sikap pemimpin kita terhadap seni-budaya masih sama, tak berubah. Ertinya tak ada kemajuan pun. Dan saya masih menghadapi masalah yang sama setiap kali saya dan kawan-kawan hendak menganjurkan aktiviti seni-budaya.
Kita perlu ulangi kerja-kerja bodoh yang sama seperti yang kita perlu buat pada tahun-tahun 1980-an dulu, dan mendengar alasan-alasan atau penjelasan yang sama bodohnya seperti yang telah kita dengar 40 tahun yang lalu. (Barangkali Tan Sri pun sudah baca tulisan-tulisan saya mengenai perkara ini dalam buku saya Pemikiran dan Perancangan Seni-Budaya, dan Jelajah Budaya).
Tan Sri cubalah bayangkan itu. Masyarakat jenis apakah kita ini!
Tan Sri sahabatku,
Seperti saya katakan di awal tadi, saya menulis surat ini kepada Tan Sri kerana saya mengalami buntu fikiran apabila memikirkan aktiviti seni-budaya yang perlu dijalankan oleh kumpulan saya. Terlalu banyak halangan dan permasalahan, dan terlalu sedikit bahkan hampir tidak ada sokongan daripada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kemudahan dan sokongan kepada seni-budaya.
Sdr Tan Sri tentu faham, kerana pada tahun-tahun 1980-an dulu sdr pun turut juga aktif bersama saya dan kawan-kawan dalam teater. Hari ini sudah banyak kemajuan berlaku dalam aktiviti teater di negara kita; digerakkan oleh anak-anak muda graduan teater dari univrsiti-universiti. Tetapi seperti saya katakan tadi, sikap dan pemikiran mereka yang dipertanggungjawabkan mentadbir hal seni-budaya dalam kerajaan kita masih sama seperti 40 tahun yang lalu.
Pincang Tan Sri. Masyarakat kita hari ini sangat pincang. Bercakap hendak mencapai status Negara Majau tetapi pentadbiran seni-budayanya masih di tahap kemunduran 40 tahun yang lalu. Amat menyedihkan! Mereka tidak melihat adanya hubungan penting antara dua perkara tersebut. Apakah mereka membayangkan bahawa yang dikatakan Negara Maju itu seni-budayanya tidak perlu dimajukan?
Tan Sri sahabatku,
Saya tak mahu berpanjang-panjang surat ini, kerana saya percaya sdr sangat faham akan resah gelisahnya jiwa seni saya menghadapi realiti masyarakat yang pincang ini. Dan saya percaya juga pernyataan di atas itu sudah cukup untuk menggerakkan sdr bertindak sesuatu yang boleh membawa perubahan kepada bahagian pentadbiran seni-budaya dalam kerajaan kita itu.
Sayanglah Tan Sri, ‘kan! Kita barangkali sudahpun mencapai status Negara Maju yang ingin kita capai itu, kalaulah kita memberi perhatian yang seimbang terhadap pentadbiran seni-budaya dalam kerajaan. Berada 40 tahun di belakang itu bukannya perkara kecil ya, Tan Sri.
Bukannya masyarakat seni-budaya kita yang bermasalah. Yang menjadi masalah ialah pentadbiran bahagian seni-budaya dalam kerajaan kita, yang statik dan beku di tahap sama, sejak 40 tahun dahulu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan