Sinar Harian, Saifuddin Abdullah
Seorang
pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini mengejutkan pengurusan
sekolah apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan pagi
tadi. -Gambar hiasan
JEMPOL: Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini mengejutkan pengurusan sekolah apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan pagi tadi.
Pelajar tersebut temui terbaring dekat surau sekolah dan terdapat seorang bayi perempuan di dadanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, pada awalnya pengurusan sekolah tersebut menghubungi Hospital Jempol memaklumkan terdapat pelajar sekolah itu pengsan kira-kira jam 10.30 pagi.
"Dia telah dibawa ke Hospital Jempol namun akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut. Ketika ini keadaan pelajar tersebut stabil," katanya ketika mengesahkan laporan hari ini.
Azham Shah berkata, kes ini disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan seorang pelajar lelaki sekolah sama turut ditahan untuk membantu siasatan.
"Kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya susulan kes masih dalam siasatan polis selain tidak menularkan sebarang maklumat berkaitan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan